Umum mengetahui bahawa masih ada golongan yang tidak mahu mengambil vaksin. Malah, ada laporan mereka yang tidak menerima vaksin berasa di diskriminasi dan ada juga mahu memalsukan kad terima vaksin.
Terbaharu, pengasas pertubuhan ASWAJA telah promosi sijil vaksin palsu di Instagramnya. Menerusi perkongsiannya itu, dia turut mengatakan anda boleh cucuk vaksin ‘kosong’ dan dapatkan sijil vaksin.
[UWSL]Hal tersebut mendapat perhatian netizen dan ada netizen yang melaporkan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Twitter. Tindakan netizen itu melaporkan selepas Khairy mengecam penyebaran berita palsu berkenaan vaksin dan mahu undang-undang dilaksanakan.[/UWSL]
Laporan netizen tersebut meraih pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen mengecam individu terbabit yang mempromosikan sijil vaksin palsu tanpa rasa malu.