JAWAPAN Status (2) DUA~Bekas ADUN Parti UMNO di Pilihan Raya Negeri Melaka akan Diumum Esok ~ kata DS Anwar

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup

anwar-ibrahim_43.jpeg
001173300_1602222843-181014-Anwar-Ibrahim-750x375.jpg

Status 2 Bekas ADUN UMNO di PRN Melaka Diumum Esok - Anwar​

PRN-Melaka-1.jpg

Kedudukan dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk bertanding atas tiket gabungan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kini berada di peringkat akhir perbincangan.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan, perkara terbabit akan dimuktamadkan tengah malam ini, sebelum keputusannya diumumkan esok.

“Setakat ini PKR pilih satu (ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka) manakala AMANAH pilih satu dan kita akan muktamadkan serta umumkan perkara ini pada esok pagi bersama Mohamad Sabu.
1256495.jpg

“Mereka bukan lagi ADUN dan memerlukan mandat baharu. Perbincangan masih lagi dilakukan sama ada kita menolak mereka atau memberi ruang dengan syarat dasar dan kepelbagaian yang kita amalkan,” katanya pada sidang media secara maya, malam ini.

Terdahulu, dua pemimpin terbabit iaitu Bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) mengesahkan masih belum menerima kata putus untuk menghadiri pengumuman penyertaan mereka ke dalam gabungan pembangkang

Idris berkata, setakat ini beliau tidak menerima sebarang isyarat daripada Anwar, terutama membabitkan program pengumuman penyertaan ke dalam PH, apatah lagi pengumuman calon blok itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Nor Azman pula mengakui, tetap menaruh harapan untuk diterima menjadi ahli parti komponen itu tetapi setakat ini belum menerima sebarang isyarat daripada Anwar.
anwar-ibrahim-2-850x560.jpg

Jelasnya, hati pengundi tidak mampu dibaca oleh sesiapa pun tetapi beliau yakin keyakinan mereka terhadap mana-mana calon PRN mampu diraih melalui keikhlasan bekerja untuk rakyat.

Dalam pada itu, Anwar berkata, sebarang keputusan dibuat akan mengambil kira tindakan mereka sebelum ini yang menyatakan sokongan terhadap PH, bagi mengembalikan mandat parti itu untuk mentadbir Melaka.
51618576951_SulaimanMdAli.jpg

Justeru, beliau yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, tidak wujud dakwaan dua bekas ADUN yang menjatuhkan kerajaan Datuk Seri Sulaiman Md Ali itu melakukan tindakan lompat parti.

“Dalam konteks rundingan ia telah dilakukan oleh Pengerusi PH negeri Melaka, Adly Zahari selama berbulan-bulan tanpa melibatkan kita di peringkat pusat. Kita akur dengan alasan dan ungkapan baik yang dijelaskan oleh Adly bahawa mereka mahu mengembalikan mandat PH.

“Walaupun terdapat pelbagai perbezaan dan pandangan namun kita menghormati suasana itu secara bersama dan berpendapat bahawa isu lompat parti tidak berbangkit kerana DUN sudah pun dibubarkan,” ujarnya.
Adly-Zahari_bernama-25022020.jpg

Semalam Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, dilaporkan berkata penerimaan PH terhadap kedua-dua bekas ADUN terbabit masih samar kerana PH negeri belum mendapat pengesahan rasmi daripada Majlis Presiden PH, sama ada menerima penyertaan mereka ke dalam parti komponen PH atau sebaliknya.

Isnin lalu, Anwar dilaporkan berkata, nasib Idris dan Nor Azman untuk bertanding mewakili PH pada PRN Melaka masih dalam perbincangan.
 
Top