Polis siasat kes ahli politik buat kenyataan rasis

Pihak polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang ahli politik yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang atlet badminton negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian," katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Markas Tektikal Sungai Koris, dekat sini, hari ini.
Kenyataan berbaur perkauman berkenaan dimuat naik pemilik akaun Facebook menggunakan nama Borhan Che Rahim, dipercayai terhadap atlet badminton negara, S Kisona, selepas pemain perseorangan wanita negara itu tewas kepada pemain Jepun pada aksi separuh akhir Piala Sudirman di Finland semalam.

Hantaran berkenaan menerima kecaman pelbagai pihak termasuk Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan berkenaan.

Sementara itu, Borhan dalam kenyataan berasingan sebelum ini, dilaporkan sedia melepaskan jawatan Naib BERSATU bahagian Pasir Puteh bagi menjernihkan keadaan susulan tindakannya itu.
"Saya merujuk kepada 'posting' dan laporan yang mensabitkan kesalahan terhadap saya. Saya mengaku melakukan kesalahan dan menyedarinya adalah kesalahan besar.
"Berhubung tindakan 'posting' dalam Facebook akaun Borhan Che Rahim berkaitan pemain badminton negara, saya menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
"Saya tidak berniat menjatuhkan mana-mana orang dan kaum.
Saya akan perbaiki sikap saya pada masa akan datang," katanya