HOT Perang Saraf PRN Melaka, Kutuk Mengutuk Jadi Mainan dah macam Budak² Haiyaaa!

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup

AVvXsEgNQhm_a89NzoeDrfy1fKwQRU4diMbmioNwAORUAUbsLw1xjMcexWHYLVtCVCi_BudjUY50pFwSplFSNoQnyafWARJLzTGDY2pXA4QmSZWDuL6lmpErpd0NK8LdjhkmKnsrMH02Axl66q2JvBkyrC46TeHs91iDj6alCahJJBS5K4j6KmDJ0eCZrJWi=w1200-h630-p-k-no-nu

Perang Saraf PRN Melaka, Kutuk Mengutuk Jadi Mainan !!~​

BANDAR HILIR - Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum membuka tirai namun ‘perang’ saraf terhadap orang politik sudah pun dimulakan.

Bagaimanapun, agak menyedihkan apabila perang saraf yang dilancarkan kumpulan tertentu itu tidak menunjukkan kematangan berpolitik kerana menyasarkan beberapa pemimpin dengan kata-kata kurang menyenangkan.
06112021_-_MLK_-_Perang_Kain_Rentang_PRN_Melaka_-_AZIM_RAHMAN_2.JPG

Sebagai contoh, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menjadi sasaran kumpulan berkenaan, apabila dirinya yang digambarkan memegang sepanduk DAP dipaparkan pada kain rentang.

Kain rentang tersebut turut dicemari beberapa kata-kata kasar, termasuk #Hawau Pengkhianat.

Ia dipasang di sebuah jejambat di Lebuhraya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Melekek menuju ke Pusat Bandar.

Idris dipercayai menjadi sasaran susulan tindakannya mengetuai sekumpulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik semula sokongan terhadap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Mohd Ali.
bh20prn-o_BHfield_image_listing_featured_v2.var_1634721085.jpg

Tindakan itu menyebabkan kerajaan Melaka yang ditadbir Barisan Nasional (BN) tumbang sekali gus membawa kepada pilihan raya.

ADUN terbabit adalah Datuk Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

spr.jpg
 
Top