KJ 'resah' merokok di kedai makan meningkat.. Opps patutlah tiba2 'resah' sedemikian rupa nya KJ Menteri Kesihatan 🇲🇾 😜

PUTRAJAYA 🇲🇾 : Masalah tabiat sesetengah individu yg suka hati merokok di tempat makan, tindakan mereka ini layaknya tanpa berfikir tentang individu yang lain berada di sekitarnya akan terasa hawa asap rokoknya itu . Golongan perokok tegar ini kembali meningkat susulan kelonggaran diberikan kerajaan apabila hampir semua negeri beralih ke fasa lebih selamat mengikut Pelan Pemulihan Negara (PPN).

1635251408429.png
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sehubungan itu Kementerian Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan secara bersama peraturan larangan merokok di tempat awam dan kawalan penularan COVID-19.

"Masalah merokok di tempat makan awam berkurangan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik COVID-19, yang melarang aktiviti makan di tempat makan awam.
1635251543650.png

"Berikutan itu, penguatkuatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dijalankan secara serentak dengan larangan merokok mengikut Peraturan 11(1) PPKHT 2004 di seluruh negara," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
1635251626332.png
Khairy berkata, penguatkuasaan larangan merokok sangat penting dalam memastikan negara bersedia beralih ke fasa endemik.

Katanya, ia selaras dengan ketetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang aktiviti merokok termasuk rokok elektronik boleh meningkatkan risiko mendapat komplikasi lebih teruk sekiranya dijangkiti COVID-19.

Beliau berkata, aktiviti penguatkuasaan larangan merokok dipertingkatkan di semua negeri di seluruh negara dan sejak Januari hingga 24 Oktober 2021, sebanyak 3,419 notis kesalahan di tempat makan dikeluarkan mengikut Seksyen 32B, PPKHT 2004.
1635251698417.png1635251736222.png1635251861215.png1635252054153.png
"Lima negeri dengan pengeluaran notis kesalahan paling tinggi adalah Terengganu (652 notis), Pahang (601 notis), Sarawak (365 notis), Perak (356 notis) dan Kuala Lumpur (303 notis)," katanya.

Khairy berkata, KKM mempergiatkan lagi aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan khususnya selepas peralihan fasa pemulihan negara dan kebenaran makan di tempat makan diberikan oleh kerajaan.
1635251593098.png
Beliau berkata, ia termasuk operasi mega di ibu negara pada 23 Oktober lalu membabitkan seramai 70 anggota daripada Bahagian Kawalan Penyakit, KKM dan Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur serta Putrajaya.
 

Attachments

  • 1635251851909.png
    1635251851909.png
    40 KB · Views: 0
  • 1635251948322.png
    1635251948322.png
    62.6 KB · Views: 0

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup
Contoh yg baik utk diteladani, bak kata Dr,M time dia Muda dulu.. dasar 'Pandang Ke Timur' heehee
 
Top