Peledak Liverpool Mohamed Salah kini mengumpul 107 gol dalam 167 perlawanan untuk memegang rekod sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dari benua Afrika.
LONDON: Penyerang Liverpool Mohamed Salah memecahkan rekod sebagai pemain Afrika yang menjaringkan gol terbanyak di Liga Perdana Inggeris - mengatasi legenda Chelsea dan Ivory Coast Didier Drogba.
Sebelum aksi menentang Manchester di Old Trafford, pemain Mesir itu berkongsi kedudukan dengan Drogba pada 104 gol.
Drogba masih memegang rekod berkenaan sebelum Liverpool bertemu Watford, tetapi selepas empat gol dalam dua perlawanan, Salah kini dianggap sebagai Raja Afrika dalam saingan Liga Perdana Inggeris sepanjang zaman.
"Raja baharu sudah tiba @MoSalah @SMane_Officiel," tulis Drogba di laman Twitter. - AGENSI