
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan keperluan pengambilan dua dos vaksin COVID-19 bagi seluruh rakyat negara ini, bagi tujuan mencapai Imuniti Berkelompok di mana ianya akan dapat menyelamatkan nyawa. Pihak kerajaan telah membeli beberapa jenis vaksin antaranya seperti berikut :

1. Oxford / AstraZeneca
2. Sinovac
3. BioNTech Pfizer
4. Johnson & Johnson
5. Moderna
6. CanSino
7. CoronaVac
8. ShinoPharm
Proses pembangunan vaksin-vaksin yang pelbagai jenama adalah disebabkan keadaan mendesak yang dihadapi seluruh dunia ketika ini.
Virus Corona yang 'tidak aktif' adalah Kunci Utama bagi pembangunan vaksin-vaksin ini, melalui beberapa teknik dalam teknologi perubatan.
Berikut ada
Walaupun begitu beberapa risiko yang masih menjadi tanda tanya,turut diakui berkaitan tahap keberkesanan vaksin-vaksin yang digunakan oleh Kerajaan dalam menangani kes jangkitan tempatan. Keberkesanan vaksin-vaksin yang sedia ada adalah 90% ke atas.
Penerima vaksin harus beri perhatian bahawa peningkatan ketara antibodi yang berkebolehan memberi keberkesanan jangka panjang seseorang adalah selepas dos kedua. Kelewatan mendapatkan dos kedua mungkin akan melambatkan penghasilan antibodi yang optimum.

Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan terhadap vaksin yang digunakan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan pharmacovigilance bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut sentiasa terjamin.
Untuk lebih maklumat terperinci berkaitan PANDEMIK ini,sila layari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :-
https://covid-19.moh.gov.my/
ANTI-VAKSIN
Wujudnya golongan-golongan tertentu dalam kelompok kecil masyarakat yang tidak mahu langsung menerima vaksin sebagai pelindung diri, selalunya ramai diantara mereka ini telah terpedaya dan terpercaya dengan maklumat atau informasi yang tersebar di Sosial Media. Walaubagaimanapun, pihak kerajaan Malaysia tetap bertegas dengan tidak membenarkan golongan anti vaksin ini bertugas dalam jabatan-jabatan kerajaan.
ADAKAH ANDA TELAH BERDAFTAR SEBAGAI PENERIMA VAKSIN?
Jika YA, Alhamdulillah.. jika TIDAK, Astaghfirullahaladzim...
YANG PASTINYA Usahalah tanpa Menyerah..
Subhanallah wa bihamdihi Subhanallah hil'adzim...