HOT Yasmin Hani Dan Shahrin Razali Berpisah

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup

Yasmin Hani Dan Shahrin Razali Berpisah​

yasmin_hani.jpg

Gambar: Instagram @yasminhani

Pengacara dan pelakon popular, Yasmin Hani telah mengumumkan bahawa dia kini sudah berpisah dengan bekas suaminya iaitu Shahrin Razali.

Pengumuman itu dibuat menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram rasmi bekas pengacara 'Muzik @ Ria' itu.

"Kami berdua bersetuju yang kami akan memulakan perjalanan baru secara berasingan dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Kami juga bersetuju untuk kekal bersepakat dalam membesarkan kedua anak kesayangan kami dalam ruang yang penuh kasih sayang dan toleransi," tulisnya.

Pelakon siri 'The Hotel' itu turut meminta supaya diberikan ruang dan menghormati keputusannya dan Shahrin demi kesejahteraan keluarganya.



"Kami ingin berterima kasih kepada semua yang telah mendoakan. Walaupun kami memilih jalan perpisahan, kami akan terus menjadi keluarga yang saling menyayangi, malah kini kami lebih rapat dari sebelum ini."

Tulisnya lagi, biar apa pun yang berlaku dia dan bekas suami tetap ibu dan bapa kepada anak-anak mereka.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani binti Ismail Richardson, 42, berkahwin dengan Shahrin atau nama sebenarnya Sha'aarin Mohammed Razali Wong, 52, pada 21 Oktober 2011.

Sepanjang 10 tahun berkahwin mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 8 dan Eissa Elzander Wong, 5.
 
Top