PANDUAN Watson's PINKTOBER ~ Ketahuilah Mengenai Kanser Payudara

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup
Tahukah anda, 1 daripada 20 orang wanita dewasa berisiko mendapat kanser payudara di Malaysia? Kanser payudara biasanya mula dikesan pada usia pertengahan 40an hingga lewat 60an, namun disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan zaman moden ni, semakin ramai wanita lebih muda mendapat kanser payudara.

Pemakanan tinggi kandungan lemak, kehamilan pertama di usia lewat, dan belum pernah menyusukan anak dengan susu badan adalah antara punca utama kanser payudara yang ramai wanita tak berapa tahu.

Biasanya bila golongan wanita yang terkena kanser payudara, mereka dah tak begitu risau tentang diri sendiri walaupun kesakitan dalam diam. Apa yang mereka kisahkan adalah keluarga terutama sekali anak-anak dan bagaimana keadaan mereka kelak jika ibu dah tiada.

Jom ketahui kisah-kisah penuh iktibar daripada Mazwin, Kim, dan Vandana; tiga orang wanita tabah yang merupakan penghidap kanser payudara ini:

“Kita kena kekal tabah kalau nak menang,” nasihat Mazwin dengan tenang



“Walaupun sakit, saya bersyukur dapat bangun dan hirup udara segar setiap pagi serta mampu teruskan hidup untuk satu hari lagi,” jelas Kim penuh harapan




“Jangan cepat mengalah, kita mesti bangkit dan lawan!” kata Vandana penuh semangat




Apa yang anda perlu tahu tentang kanser payudara?

“saya tak risau pasal diri… cuma fikirkan anak-anak saja” – pejuang kanser payudara


Kredit: Watsons MY

Dapatkan peluang memenangi mata ganjaran Watsons bernilai sehingga RM10,000!






Kalau anda merupakan seorang ahli Watsons, anda layak menyertai peraduan Positively Pinktober Dance! Lima orang pemenang akan dipilih pada setiap minggu dan peraduan ni akan berlangsung selama empat minggu sepanjang bulan Oktober ni.

Berminat nak sertai peraduan menari ni? Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat naik video menari anda di Instagram reels.
  2. Pastikan post IG reels anda itu ada di IG profile grid dengan hashtag #WatsonsPinktoberDance dan jangan lupa tag @watsonsmy.
  3. Tetapkan profile anda kepada ‘PUBLICsupaya Watsons boleh melihatnya.

Sertai kempen Positively Pinktober anjuran Watsons Malaysia dan BCWA

Sempena bulan Pinktober, iaitu suatu kempen kesedaran kanser payudara tahunan, Watsons bekerjasama dengan Breast Cancer Welfare Association (BCWA) Malaysia melancarkan kempen bernama Positively Pinktober. Dengan kempen ini Watsons akan menyumbangkan sebahagian keuntungan hasil daripada pembelian barangan jenama terlibat kepada BCWA untuk memanfaatkan pejuang kanser payudara seluruh negara.
 
Top