Home
Forums
New posts
Search forums
What's new
New posts
New profile posts
Latest activity
Members
Current visitors
New profile posts
Search profile posts
WanTopup.Com
WanFar.Com
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Install the app
Install
➡️ KLIK DISINI UNTUK DAFTAR BUKA AKAUN ⬅️
Home
Forums
Gosip
Gosip Para Kenamaan
UMNO Beri Petunjuk ‘Bergerak Solo’, Sasar 42 Kerusi di PRN Johor
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Reply to thread
Message

UMNO Beri Petunjuk ‘Bergerak Solo’, Sasar 42 Kerusi di PRN Johor

Datuk Seri Mohamad Hasan - Gambar fail

UMNO bakal bertanding solo tanpa penyertaan BERSATU dan PAS, dengan meletakkan sasaran untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (Johor) yang diadakan dalam masa terdekat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, jumlah itu belum lagi muktamad memandangkan ada DUN yang akan ditandingi oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA.

Beliau berkata, parti itu masih di peringkat perbincangan antara rakan komponen dan akan memutuskan jumlah kerusi masing-masing dalam masa terdekat.

“Kita sasar minimum 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor. Ini hanya mengambil kira UMNO sahaja,” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad mengakui UMNO bakal berdepan cabaran getir dalam PRN terutama selepas pertambahan hampir 30 peratus pengundi baharu tahun ini.

Beliau juga mengakui parti itu sukar meramalkan apa yang bakal berlaku dalam PRN Johor, khususnya sentimen pengundi baharu susulan pelaksanaan pendaftaran automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas.

“Untuk Johor, jumlah pengundi bertambah kepada lebih 700,000. Ini bermakna semua pihak perlu bekerja keras,” termasuk UMNO.

“Persediaan kita dalam menghadapi PRN Johor masih belum selesai lagi, namun tentunya kita perlu bersiap siaga, khususnya dengan fokus baharu membabitkan pertambahan jumlah pengundi. PRN ini bukan mudah bagi UMNO. Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran berkenaan dibuat selepas kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.

Ini susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar pada 21 Disember lalu.

Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya masing-masing 14 kerusi untuk UMNO dan DAP, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), manakala PKR dan AMANAH masing-masing tujuh dan enam kerusi.

[QUOTE="e-JUMP-WanTopup-666, post: 1132, member: 32"] [HEADING=2]UMNO Beri Petunjuk ‘Bergerak Solo’, Sasar 42 Kerusi di PRN Johor[/HEADING] [IMG]https://media.getaran.my/images/uploads/covers/_large/27032021_-_KUL_-_Speech_by_UMNO_Deputy_President__Datuk_Seri_Mohamad_Hasan_at_UMNO_General_Assembly_2020_at_WTC_Kuala_Lumpur_-_14.png[/IMG] Datuk Seri Mohamad Hasan - Gambar fail UMNO bakal bertanding solo tanpa penyertaan BERSATU dan PAS, dengan meletakkan sasaran untuk bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (Johor) yang diadakan dalam masa terdekat. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, jumlah itu belum lagi muktamad memandangkan ada DUN yang akan ditandingi oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC dan MCA. Beliau berkata, parti itu masih di peringkat perbincangan antara rakan komponen dan akan memutuskan jumlah kerusi masing-masing dalam masa terdekat. “Kita sasar minimum 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor. Ini hanya mengambil kira UMNO sahaja,” katanya, hari ini. Dalam pada itu, Mohamad mengakui UMNO bakal berdepan cabaran getir dalam PRN terutama selepas pertambahan hampir 30 peratus pengundi baharu tahun ini. Beliau juga mengakui parti itu sukar meramalkan apa yang bakal berlaku dalam PRN Johor, khususnya sentimen pengundi baharu susulan pelaksanaan pendaftaran automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas. “Untuk Johor, jumlah pengundi bertambah kepada lebih 700,000. Ini bermakna semua pihak perlu bekerja keras,” termasuk UMNO. “Persediaan kita dalam menghadapi PRN Johor masih belum selesai lagi, namun tentunya kita perlu bersiap siaga, khususnya dengan fokus baharu membabitkan pertambahan jumlah pengundi. PRN ini bukan mudah bagi UMNO. Kita tidak tahu apa yang bakal kita hadapi,” katanya. Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu. Pembubaran berkenaan dibuat selepas kerajaan Johor memiliki majoriti tipis iaitu 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang. Ini susulan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar pada 21 Disember lalu. Terdapat 56 kerusi di DUN Johor dengan agihan terkininya masing-masing 14 kerusi untuk UMNO dan DAP, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), manakala PKR dan AMANAH masing-masing tujuh dan enam kerusi. [/QUOTE]
Verification
Sila taip semula perkataan WANTOPUP dalam huruf kecil atau besar.
Post reply
Home
Forums
Gosip
Gosip Para Kenamaan
UMNO Beri Petunjuk ‘Bergerak Solo’, Sasar 42 Kerusi di PRN Johor
This site uses cookies to help personalise content, tailor your experience and to keep you logged in if you register.
By continuing to use this site, you are consenting to our use of cookies.
Accept
Learn more…
Top