HOT Terkini! 🔥 Dari TV 📺 Singapura 🇸🇬sebuah DRAMA TERKEMUKA KINI DITAYANGKAN DI MALAYSIA 🇲🇾 ❤️📺 siaran Astro Prima

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup
1634039274299.png
Dua naskhah terkenal Singapura iaitu ‘Cinta Ramadan’ dan ‘Danny’ kini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Astro Prima.

Dari TV 📺 Singapura 🇸🇬sebuah DRAMA TERKEMUKA KINI DITAYANGKAN DI MALAYSIA 🇲🇾 ❤️📺 siaran Astro Prima

Kedua-dua naskah yang dibintangi Sharnaaz Ahmad dan Elfaeza Ul Haq ini pernah diiktiraf di Pesta Perdana 2015 menerusi anugerah Pelakon Terbaik dalam Watak Utama (Drama Bersiri) untuk kategori lelaki dan wanita, selain dicalonkan dalam lima lagi kategori termasuk Drama Bersiri Terbaik.

Menerusi paparan dua episod, telefilem istimewa ‘Cinta Ramadan’ mengangkat elemen keinsafan yang tidak kenal masa dan rupa. Ia berkisarkan tentang Danny, seorang pemuda berani dan usahawan yang bijak.

Tetapi kehidupan dan kepercayaan hidupnya ditentang oleh bapanya yang alim, Ismail. Perbezaan pendapat antara mereka perlahan-lahan membawa kepada keputusan Danny untuk keluar dari rumah. Keputusan tersebut benar-benar meninggalkan kesan mendalam kepada ibunya.

Tidak lama kemudian Danny diberikan sebuah projek besar untuk digalas. Dia digandingkan dengan Natrah, seorang gadis muda yang telah menduga hubungan Danny dan rakan baiknya, Rizal.

Apabila Danny dan Natrah diberi tugasan yang sama pada bulan Ramadan, Danny mula jatuh hati pada gadis yang kerap mencabarnya ini.

Hubungan Danny dan Rizal terus berantakan dan membawa masalah kepada projek Danny, seterusnya meretakkan hubungannya dengan Natrah.

1634039183516.png

Sebaik Danny berjaya menandatangani sebuah kontrak yang lumayan, Danny berniat untuk menghantar ibu dan bapanya mengerjakan ibadah Umrah.

Walau bagaimanapun, kejayaan perniagaan Danny membawa dirinya hanyut kembali ke kancah maksiat. Ini ditambah lagi dengan kehadiran Liana, isteri kepada rakan baik Danny, Hosni.

”Sajian terbaharu di slot Tiara pada kali ini terletak kepada persembahannya yang menyuntik tema kemanisan cinta tulus ikhlas dan sarat dengan mesej-mesej positif penuh keinsafan sebagai teladan.

”Secara ringkasnya, ia menceritakan tentang kesinambungan liku-liku kehidupan Ramadan atau Danny, seorang pendosa yang sudah berubah dan ingin membina hidup baharu.

"Proses untuk bangun semula bukan mudah kerana sebagai manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Yang membezakan kita adalah sama ada kita nekad untuk membetulkan kesilapan tersebut, kecil atau besar,” kata Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima sewaktu diminta mengulas mengenai drama tersebut.

‘Cinta Ramadan’ dan ‘Danny’ mengisi slot Tiara di saluran 105 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang serta boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Gambar: Astro / Artikel: Getaran
 
Top