BERITA Serbegeth “Shebby” Singh Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Serbegeth “Shebby” Singh Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung​

Serbegeth_%E2%80%9CShebby%E2%80%9D_Singh.jpg

Serbegeth “Shebby” Singh meninggal dunia akibat serangan jantung, petang tadi. - Gambar dari MFL

Berita sedih dalam industri bola sepak tanah air selepas bekas pemain kebangsaan, Serbegeth “Shebby” Singh, 61, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunggang basikal di Johor, petang tadi.


Bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan memaklumkan The Vibes, ia sesuatu yang menyayat hati bagi industri bola sepak tanahair.

"Beliau adalah penganalisa tempatan pertama yang menyerlah dalam memberi ulasan bola sepak Liga Perdana Inggeris untuk Astro.

''Meskipun kami mungkin tidak bersetuju mengenai banyak perkara dalam bola sepak, kami mengekalkan persahabatan kami. Saya akan merinduinya," katanya.

Dalam pada itu,pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dalam kenyataan di media sosial mengucapkan takziah kepada keluarga bekas penasihat teknikal mereka.

''Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terkejut dengan berita bahawa bekas Penasihat Teknikal JDT dan pemain Johor FA & Malaysia, Serbegeth Singh telah meninggal dunia. Keluarga JDT ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Serbegeth. Rest in peace, Shebby,'' kata kenyataan berkenaan.
 
Top