PANDUAN Resipi Blueberry Cheese Cake Tak Perlu Bakar & Tak Guna Mixer

Resipi Blueberry Cheese Cake Tak Perlu Bakar & Tak Guna Mixer​

Bahan-bahan:​

  • 13 keping biskut digestive (hancurkan sehingga halus)
  • 1 inci buttercup
  • 200ml whipping cream
  • 250g cream cheese
  • 1 sudu makan essen vanilla
  • 120g gula ising
  • 1/2 biji perahan lemon
  • 4 sudu makan gelatin sayuran
  • Topping blueberry
resipi-blueberry-cheese-cake-tak-perlu-bakar-1-400x225.jpg


resipi blueberry cheese cake


Cara-cara:​

1. Potong buttercup lebih kurang 1 inci.

resipi-blueberry-cheese-cake-tak-perlu-bakar-3-400x533.jpg


2. Cairkan butter atau jika butter sudah lembut, satukan bersama biskut yang sudah dihancur halus. Adun sehingga rata.

resipi-blueberry-cheese-cake-tak-perlu-bakar-4-400x533.jpg


3. Tekap pada acuan kek sehingga mampat. Simpan dalam freezer sementara membuat cheesenya.


1635172195103.png
4. Pukul 200ml whipping cream atau kacau menggunakan alat pemukul selama 5 hingga 7 minit sehingga sedikit berbuih.


1635172208542.png
5. Campurkan cheese cake dan pukul sehingga halus.

1635172220454.png
6. Campurkan 1 sudu makan esen vanilla.


1635172236999.png
7. Masukkan juga 120g gula ising. Jika suka manis, boleh lebihkan 40g.


1635172258162.png
8. Masukkan juga 1/2 biji perahan lemon.

9. Panaskan 4 sudu makan gelatin sayuran dan masukkan sekali ke dalam adunan.

resipi-blueberry-cheese-cake-tak-perlu-bakar-11-400x533.jpg


10. Keluarkan base biskut tadi dan tuangkan adunan cream cheese tadi. Simpan semula dalam freezer selama 30 minit atau sehingga keras.

resipi-blueberry-cheese-cake-tak-perlu-bakar-12-400x533.jpg


11. Setelah keras, letakkan topping blueberry dan ratakan. Masukkan semula ke dalam freezer untuk beberapa minit.

1635172315465.png
 
Top