Untuk dapatkan rasa sambal udang yang sedap, tambahan petai dalam sambal adalah sangat membantu menaikkan rasa sambal tersebut. meskipun saya sendiri tidak makan petai, tetapi sambal udang yang sedap haruslah ditambah dengan petai.
Tempoh Memasak = 1 jam (anggaran)
Ramuan = sesuai hidangan utk 5 orang
- 15 ekor udang segar
- cili kering kisar
- 3 ulas bawang putih dan 1 labu bawang merah (dikisar)
- semangkuk kecil petai
- air asam jawa
- gula melaka
- 1 sudu sos cili dan sos tiram
- garam dan gula
Cara² Memasak :
- Goreng sebentar udang sehingga separuh masak. Tos dan ketepikan
- Goreng petai sekejap (jangan sehingga kecut) tos dan ketepikan. Tujuan menggoreng udang dan petai sebentar adalah untuk mengeluarkan air udang dan menjadikan bekas minyak gorengan lebih sedap.
- Tumiskan bawang kisar dalam bekas minyak gorengan sebelum ini. pastikan air bawang kering sedikit baru masukkan cili kisar
- Masak cili sehingga sedikit kering dan tambahkan air dan ulang langkah yang sama untuk mendapatkan sambal yang cantik
- Masukkan air asam jawa, gula melaka, sos tiram, sos cili, garam, gula. kacau sehingga sebati.
- Bila rasa sambal sudah sesuai selera, boleh masukkan udang dan petai. goreng sekejap dan siap.