






Nasi LEMAK PALING SEMPOI!! Di sekitar Kuala Lumpur
Teruskan melihat REVIEW SEMUANYA Selamat membaca ya!
#1 Restoran Village Park
#2 Nasi Lemak Wanjo
#3 Nasi Lemak Bumbung
#4 Medan Selera Jalan 223
#5 Nasi Lemak Saleha
#6 Nasi Lemak Antarabangsa
#7 Nasi Lemak CT Garden
#8 Nasi Lemak Tanglin
#9 Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey
#10 Nasi Lemak Famous
#11 Nasi Lemak Pak Teh
#12 Nasi Lemak Tepi Jalan 1996
#13 Nasi Lemak Sambal Sotong Istimewa DALINAH AU3
#14 Nasi Lemak Daun Pisang Restaurant
#15 Warung Rindu (Nasi Lemak)
#16 R.A Nasi Lemak
#17 Nasi Lemak Alor Corner
#18 Nasi Lemak Tawaf
#19 Nasi Lemak Seri Wangi
#20 Nasi Lemak Pak Hassan
#21 Ziemel Corner Nasi Lemak Kukus
#22 A Plus Nasi Lemak House Setapak
#23 Nasi Lemak Buluh Best
#24 Nasi Lemak BR Corner
#25 Nasi Lemak Atan
#1 Restoran Village Park
Alamat: 5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Setiap hari, hari minggu (7 am – 7:30 pm) dan (hujung minggu 7 am – 6 pm)
Restoran ini tidak perlu kami perkenalkan lagi. Jika anda dengar namanya sahaja kami yakin pasti anda tahu tentangnya. Jelas menunjukkan yang Restoran Village Park ini memang terbaik.
Hidangan seperti nasi lemak ayam goreng mungkin kedengaran biasa sahaja. Namun, jika anda cubanya di sini anda pasti akan jatuh cinta.
Advertisement
Ayamnya sangat rangup dan sambal nasi lemaknya juga seimbang rasa manis, masin dan pedasnya. Dijamin lebih enak jika dinikmati panas-panas.
#2 Nasi Lemak Wanjo
Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari (6.30 am – 1 am)
Jika anda pencinta nasi lemak, nama Nasi Lemak Wanjo ini pasti sudah tidak asing lagi buat anda. Merupakan antara restoran nasi lemak paling ‘top’ di KL, restoran ini pada asalnya dikenali sebagai Nasi Lemak Mak Wanjo.
Nasi lemak di sini menggunakan resepi turun-temurun sejak lebih 50 tahun lagi, jadi jelaslah yang ianya memang ‘legend’. Lauk-pauk di sini juga ada berbagai.
Antara lauk-pauk yang boleh didapati ialah sambal sotong, sambal paru, ayam goreng dan rendang ayam. Kami yakin jika anda ke sini pasti anda akan ambil lebih dari sejenis lauk. Rambang mata lah katakan!
#3 Nasi Lemak Bumbung
Alamat: Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Jumaat (5.30 pm – 4 am)
Jika ingin menikmati nasi lemak dengan ayam goreng yang rangup dan isi yang lembut, serta sambal pedas manis untuk makan malam, bolehlah singgah di Nasi Lemak Bumbung ini.
Restoran ini memang sangat popular dengan menu itu. Kedengaran biasa namun jika anda cuba, memang anda akan ketagih dengannya! Ayamnya digoreng bersama maruku, jadi rasanya pedas dan luarannya rangup. Menarik!
#4 Medan Selera Jalan 223
Alamat: Jalan 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 24 jam
Medan selera ini dibuka 24 jam, satu berita baik jika anda mengidamkan nasi lemak mereka pada jam 3 pagi. Serbu sahaja Medan Selera 223 untuk mengisi perut yang berkeroncong itu!
Ada dua gerai yang sangat popular dengan nasi lemak mereka – Nasi Lemak Panas Gerai Yatie dan Nasi Lemak Panas Suri. Kedua-duanya ada keistimewaan yang tersendiri.
Nasi Lemak Panas Suri ini sangat popular dengan hidangan nasi lemaknya yang istimewa. Sambal untuk nasi lemaknya pedas, memang cocok dengan peminat makanan pedas.
Untuk Nasi Lemak Panas Gerai Yatie pula, gerai ini menyediakan nasi lemak yang sambalnya manis namun keenakkannya masih terjamin. Sesuai jika anda kurang menggemari nasi lemak yang terlampau pedas.
#5 Nasi Lemak Saleha
Alamat: No. 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari (6 am – 1 am)
Nasi Lemak Saleha ini juga merupakan antara restoran nasi lemak paling popular di KL.
Restoran ini sudah lebih 10 tahun beroperasi, jadi memang ‘legend’ restoran ini. Keistimewaan utama nasi lemak di sini terletak pada aroma nasinya yang harum dan memikat dan tekstur nasinya juga lembut.
Sambalnya juga manis dan pedas, memang sedap. Lauk-pauk yang boleh didapati ialah rendang daging, sambal sotong, ayam goreng, paru goreng berlada dan sambal kerang. Bikin kecur air liur mendengarnya!
#6 Nasi Lemak Antarabangsa
Alamat: 4, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari (12 am – 12 pm, 6 pm – 12 am) dan Isnin (6 pm – 12 am)
Namanya memang cocok sekali dengannya. Nasi Lemak Antarabangsa ini memang bertaraf antarabangsa dek kerana popularitinya dan rasanya yang terlajak sedap!
Selain itu, lauk-pauk di sini juga berbagai. Ada sambal kerang, sambal sotong, rendang ayam, ayam goreng berempah dan banyak lagi. Memang boleh bikin rambang mata, silap-silap anda akan ambil semua!
#7 Nasi Lemak CT Garden
Alamat: 12, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, hari minggu (6 pm – 4 am) manakala hujung minggu (5:30 pm – 4 am)
Siapa saja tidak terliur melihat nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang yang mengeluarkan aroma yang memikat? Situasi sebegini kerap dihadapi oleh para pelanggan Nasi Lemak CT Garden.
Nasi lemak di sini sangat terkenal dengan tidak manis dan masih mengekalkan warisan lama. Lauk-pauk yang boleh anda pilih ialah paru goreng, rendang daging, sambal kerang dan banyak lagi.
#8 Nasi Lemak Tanglin
Alamat: Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Waktu Operasi:
Setiap hari (7 am – 1 pm)
Restoran Nasi Lemak Tanglin ini sangat terkena dengan sambalnya. Ianya pedas namun masih boleh dimakan dan tidaklah keterlaluan. Lauk-pauknya juga ada berbagai.
Sambal sotong merupakan lauk yang paling ‘top. Lauk lain seperti sambal kerang, ayam goreng dan paru goreng juga turut digemari ramai. Anda wajib cuba!
#9 Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey
Alamat: Jalan Sentosa 3/57, Pj Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Ahad, 6.30 – 9.30 pm
Mahu menikmati nasi lemak untuk maka malam? Jika anda berada sekitar KL, singgah sahaja di gerai Nasi Lemak Goreng Chef Fauzey yang terletak di Petaling Jaya ini.
Gerai ini merupakan antara port nasi lemak yang terhangat sekitar sini. Yang menariknya, mereka menggabungkan nasi lemak bersama nasi goreng dalam satu hidangan dan gabungan ini memang padu.
Ramai pelanggan membanjiri gerai ini untuk menikmatinya. Lauk yang wajib anda pilih ialah ayam goreng yang sungguh rangup. Sambalnya manis dan tidak terlalu pedas, namun masih sedap.
#10 Nasi Lemak Famous
Alamat: Food Truck located on, Jalan Telawi 4, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Ahad, 5 pm – 5 am
Ingin menikmati nasi lemak yang dijual oleh pemilik trak makanan sekitar Bangsar? Salah satu trak makanan yang menjual nasi lemak di sini ialah Nasi Lemak Famous.
Anda juga boleh menjamu selera di sini. Untuk lauk-pauk, kami sarankan agar anda cuba ayam goreng yang digoreng rangup. Ramai pelanggan turut mengakui ayam gorengnya sentiasa digoreng panas, pasti padu!
#11 Nasi Lemak Pak Teh
Alamat: 29, Jalan Selimang, Taman Tenaga, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari (6 am – 3 am)
Restoran ini terkenal dengan Char Kuey Teow, namun nasi lemaknya tidak kurang hebatnya. Ulasan-ulasan seperti “nasi lemak terbaik di KL” akan anda jumpa di Internet, jelas menunjukkan yang ianya memang enak.
Lauk yang wajib anda cuba bersama nasi lemaknya ialah ayam goreng. Ayam gorengnya rangup di luar dan lembut isinya. Jika dimakan panas-panas, memang nikmat!
#12 Nasi Lemak Tepi Jalan 1996
Alamat: Lorong 6/125, Taman Desa Petaling, 57100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, 4 – 11 pm
Restoran Nasi Lemak Tepi Jalan 1996 ini boleh dikatakan legend kerana ianya beroperasi sejak tahun 1996 lagi. Restoran ini juga mempunyai beberapa cawangan yang terletak di KL, Cheras dan Shah Alam.
Keistimewaan utama restoran nasi lemak ini terletak kepada lauk-pauk yang cukup beraneka yang disajikan bersama nasi lemak. Bukan senang nak dapat pilihan lauk seperti ini!
Lauk-pauk yang dimaksudkan ialah sotong yang bersaiz besar dan udang galah. Kesegarannya juga terjamin, sangat enak dinikmati bersama nasi lemak mereka.
#13 Nasi Lemak Sambal Sotong Istimewa DALINAH AU3
Alamat: 11, Jalan AU 3/7, Taman Sepakat, 54200 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, hari minggu 7 am – 12 pm, 6 pm – 12 am manakala hujung minggu 7 am – 12 pm
Restoran ini wajib dikunjungi oleh pencinta nasi lemak sambal sotong – Restoran Nasi Lemak Sambal Sotong Istimewa Dalinah AU3 atau lebih dikenali dengan nama Restoran Nasi Lemak Sambal Sotong.
Restoran ini dikatakan menyajikan nasi lemak sambal sotong yang sangat sedap. Sambalnya pedas dan secukup rasa manakala sotong yang digunakan juga segar dan bersih. Memang padu!
#14 Nasi Lemak Daun Pisang Restaurant
Alamat: 24A, Lorong Syed Putra Kiri, Kuala Lumpur, 50460 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, 2 pm – 2 am
Tidak dinafikan kebanyakan nasi lemak pada zaman kini dibungkus menggunakan bekas makanan plastik dan polisterin. Memang sedap, namun ada yang mahu menikmati aroma daun pisang yang harum.
Untuk menikmati nasi lemak daun pisang yang harum aromanya, singgah sahaja di Nasi Lemak Daun Pisang Restaurant yang juga dikenali dengan nama Kembara Corner ini.
Lauk yang cukup laku di sini ialah ayam goreng. Ianya rangup dan cukup enak dinikmati panas-panas. Sambalnya juga pedas, pasti cocok dengan citarasa pencinta makanan pedas!
#15 Warung Rindu (Nasi Lemak)
Alamat: Taman Bukit Angkasa, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, 7.05 am – 2.05 am
Seperti namanya, kami yakin jika anda mencuba nasi lemak di Warung Rindu ini anda pasti akan merindukan keenakkan nasi lemaknya.
Hal ini turut diakui oleh ramai pelanggan mereka. Nasinya yang lembut dan berlemak serta sambal yang pedas dan dihidang panas merupakan antara faktor nasi lemak di sini terkenal.
Lauk yang wajib anda pesan ialah ayam goreng berempah. Seketul ayam goreng berempah berharga RM 4 sahaja, sangat berpatutan!
#16 R.A Nasi Lemak
Alamat: 15, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, hari minggu (6.30 am – 3 pm) manakala hujung minggu (6.30 am – 12 pm)
Selain nasi campur, restoran ini juga terkenal dengan hidangan nasi lemaknya. Ramai pelanggannya memuji harga yang ditawarkan yang dikatakan sangat berpatutan.
Antara lauk yang boleh anda tambah untuk nasi lemak ialah paru goreng, sambal sotong, sambal ikan dan banyak lagi. Sayur kangkung juga turut disyorkan ramai, anda wajib cuba!
#17 Nasi Lemak Alor Corner
Alamat: Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurl
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Isnin, 7 – 11.30 am
Jika anda biasa ke Jalan Alor, anda pasti tahu yang jalan ini mempunyai banyak gerai yang menyajikan makanan sedap-sedap. Salah satunya ialah gerai Nasi Lemak Alor Corner.
Keenakkan nasi lemak di sini terletak pada aneka jenis lauk-pauk yang dihidangkan. Sambal sotong, rendang daging, dendeng, ayam goreng dan sambal kerang merupakan antara lauk yang laku keras, sedap tak terkata!
#18 Nasi Lemak Tawaf
Alamat: 1, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, Isnin (5.30 pm – 12 am), Selasa dan Rabu (8 am – 12 pm,
5.30 pm – 12 am) manakala Khamis – Ahad (8 am – 12 am)
Agak-agaknya mengapa namanya Nasi Lemak Tawaf? Mungkin dek kerana lauk-pauk yang disajikan berbagai, anda akan tawaf satu gerai memilih lauk sampai penuh satu pinggan?
Ya, lauk-pauk di sini memang berbagai. Antaranya ialah sambal kerang, sambal udang petai, rendang kambing, ayam kampung goreng dan sambal sotong. Fuh, bikin rambang mata betul!
#19 Nasi Lemak Seri Wangi
Alamat: Taman Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Isnin (7 am – 11 pm)
Restoran ini ada menyediakan nasi lemak untuk waktu sarapan dan nasi campur untuk waktu tengah hari. Jadi alang-alang anda menikmati nasi lemak untuk sarapan, cubalah nasi campur mereka.
Hal ini turut diakui oleh ramai pelanggan mereka. Nasinya yang lembut dan berlemak serta sambal yang pedas dan dihidang panas merupakan antara faktor nasi lemak di sini terkenal.
Lauk yang wajib anda pesan ialah ayam goreng berempah. Seketul ayam goreng berempah berharga RM 4 sahaja, sangat berpatutan!
#16 R.A Nasi Lemak
Alamat: 15, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, hari minggu (6.30 am – 3 pm) manakala hujung minggu (6.30 am – 12 pm)
Selain nasi campur, restoran ini juga terkenal dengan hidangan nasi lemaknya. Ramai pelanggannya memuji harga yang ditawarkan yang dikatakan sangat berpatutan.
Antara lauk yang boleh anda tambah untuk nasi lemak ialah paru goreng, sambal sotong, sambal ikan dan banyak lagi. Sayur kangkung juga turut disyorkan ramai, anda wajib cuba!
#17 Nasi Lemak Alor Corner
Alamat: Jalan Alor, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Isnin, 7 – 11.30 am
Jika anda biasa ke Jalan Alor, anda pasti tahu yang jalan ini mempunyai banyak gerai yang menyajikan makanan sedap-sedap. Salah satunya ialah gerai Nasi Lemak Alor Corner.
Keenakkan nasi lemak di sini terletak pada aneka jenis lauk-pauk yang dihidangkan. Sambal sotong, rendang daging, dendeng, ayam goreng dan sambal kerang merupakan antara lauk yang laku keras, sedap tak terkata!
#18 Nasi Lemak Tawaf
Alamat: 1, Jalan Radin Anum, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, Isnin (5.30 pm – 12 am), Selasa dan Rabu (8 am – 12 pm,
5.30 pm – 12 am) manakala Khamis – Ahad (8 am – 12 am)
Agak-agaknya mengapa namanya Nasi Lemak Tawaf? Mungkin dek kerana lauk-pauk yang disajikan berbagai, anda akan tawaf satu gerai memilih lauk sampai penuh satu pinggan?
Ya, lauk-pauk di sini memang berbagai. Antaranya ialah sambal kerang, sambal udang petai, rendang kambing, ayam kampung goreng dan sambal sotong. Fuh, bikin rambang mata betul!
#19 Nasi Lemak Seri Wangi
Alamat: Taman Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Isnin (7 am – 11 pm)
Restoran ini ada menyediakan nasi lemak untuk waktu sarapan dan nasi campur untuk waktu tengah hari. Jadi alang-alang anda menikmati nasi lemak untuk sarapan, cubalah nasi campur mereka juga.
Lauk yang sangat digemari pelanggan di sini untuk nasi lemak ialah sambal sotong. Sotongnya bersaiz sederhana, namun cukup untuk memberikan anda kekenyangan dan kepuasan!
#20 Nasi Lemak Pak Hassan
Alamat: 47, 39, Jalan Raja Abdullah, Bandar Wawasan, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Isnin (7 am – 1 pm)
Dengan hanya RM4 dalam tangan anda masih mampu menikmati nasi lemak sambal sotong tau! Singgah sahaja di Nasi Lemak Pak Hassan yang terletak di Kampung Baru ini untuk tujuan tersebut.
Ramai pelanggan yang amat berpuas hati dengan nasi lemak sambal sotong Pak Hassan ini. Sambalnya pedas dan tidak terlampau manis, memang secukup rasa. Sotongnya pula segar-segar, patutlah ramai suka!
Seperti kebanyakan restoran masa kini, Nasi Lemak Pak Hassan juga menyediakan Wifi percuma selain anda boleh membayar harga makanan dengan menggunakan kad kredit.
#21 Ziemel Corner Nasi Lemak Kukus
Alamat: Taman Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Isnin, 7 am – 12 am manakala Ahad 7 am – 12 pm
Jika anda berada sektar Taman Wangsa Melawati, antara restoran nasi lemak sedap yang wajib dikunjungi ialah Ziemel Corner Nasi Lemak Kukus.
Sambal nasi lemak di sini memang cocok dengan citarasa ramai, walaupun anda bukan penggemar makanan pedas. Kepedasannya tidak melampau namun rasanya masih sedap.
Jenis lauk yang wajib anda pilih ialah ayam kampung goreng. Ya, restoran ini ada menyajikan lauk tersebut. Lazat dan menarik!
#22 A Plus Nasi Lemak House Setapak
Alamat: Taman Setapak, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, 10 am – 9.30 pm
Restoran A Plus Nasi Lemak House ini memang cukup terkenal. Popularitinya tidak dapat dinafikan lagi kerana ianya mempunyai beberapa cawangan di KL, Batu Caves dan Petaling Jaya.
Kafe moden yang menerapkan unsur tradisional ini cukup terkenal dengan hidangan nasi lemak yang disajikan.
Lauk pauk yang disajikan memang berbagai. Antaranya ianya ayam goreng, kari ayam ala Nyonya, sambal udang petai dan rendang ayam. Nasi lemak buluh turut disajikan, rugi tak cuba!
#23 Nasi Lemak Buluh Best
Alamat: 2, Jalan Pantai Murni, Pantai Hillpark, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, 11 am – 11 pm
Satu lagi tempat makan yang menyajikan nasi lemak yang sedap di KL ialah restoran Nasi Lemak Buluh Best.
Restoran ini menyajikan lauk-pauk yang berbagai pilihan untuk dinikmati bersama nasi lemak. Ada ayam goreng, ayam penyet, sambal kerang, rendang dan dan ayam goreng berempah.
Harga yang ditawarkan juga berpatutan, sekitar RM 6 – 7 sahaja. Berbaloi dengan saiz hidangan yang ditawarkan!
#24 Nasi Lemak BR Corner
Alamat:5, Jalan 2/76c, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Ahad, 3.30 pm – 1 am
Berada sekitar Desa Pandan? Salah satu restoran nasi lemak sedap sekitar sini ialah Nasi Lemak BR Corner.
“Antara nasi lemak terbaik yang pernah saya rasai” merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh pelanggannya. Jelas menunjukkan yang nasi lemak di restoran ini memang terbaik.
Nasi lemak di sini enak dinikmati bersama ayam goreng berempah. Ianya rangup dan rempahnya juga cukup sedap. Enak dimakan panas-panas!
#25 Nasi Lemak Atan
Alamat: Lot 1185 1A, Lorong Haji Hussein 1, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
Setiap hari, 6 pm – 5 am
Mahu mencuba nasi lemak sedap di KL yang harganya cuma RM 1.50 sebungkus? Bunyinya agak mustahil, namun anda pasti akan teruja jika anda singgah menjamu selera di Nasi Lemak Atan.
Hal ini demikian kerana nasi lemak di sini memang berharga RM 1.50 sahaja! Nasi lemak yang bersaiz sederhana ini menyajikan sambal istimewa yang enak dan pedas.
Untuk lauk pula, anda boleh tambah lauk-pauk seperti sambal sotong, rendang daging dan ayam goreng. Pasti lebih berganda keenakkannya!
Kesimpulan
Banyak juga ‘port’ nasi lemak sedap sekitar KL ini. Kami yakin peminat-peminat tegar nasi lemak yang sedap pasti tak sabar-sabar mahu serbu restoran dan gerai yang kami sarankan, bukan?
Lekas berbuat demikian sebelum melepas! Kami juga galakkan agar anda datang awal kerana dikhuatiri akan kehabisan ruang parkir dan ruang dalam restoran.
Jangan lupa share dan komen untuk cadangan ya. Selamat menjamu selera!
Last edited: