Home
Forums
New posts
Search forums
What's new
New posts
New profile posts
Latest activity
Members
Current visitors
New profile posts
Search profile posts
WanTopup.Com
WanFar.Com
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Install the app
Install
➡️ KLIK DISINI UNTUK DAFTAR BUKA AKAUN ⬅️
Home
Forums
Gosip
Gosip Para Kenamaan
Najib Masih Berdolak Dalih, Mengaku Tidak Salah Seleweng RM42 juta
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Reply to thread
Message

Najib Masih Berdolak Dalih, Mengaku Tidak Salah Seleweng RM42 juta

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berdolak-dalih mengaku tidak bersalah walaupun Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonannya untuk mengenepikan tujuh pertuduhan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Malah Najib sekali lagi bersumpah mengatakan dirinya tidak tahu tentang dana berjumlah RM42 juta milik SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi miliknya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dia juga tidak pernah sesekali mengarahkan sesiapa memasukkan RM42 juta ke dalam akaun berkenaan.

“Saya amat kecewa dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pagi tadi, saya telah minta pasukan bela saya buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dengan segera.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, atas nama Allah, saya tidak pernah minta atau mengarahkan sesiapa untuk memasukkan RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadi saya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas secara aplikasi Zoom yang turut disertai peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International selepas menolak rayuan Najib.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit.

Mahkamah mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman dikenakan adalah wajar dan bersesuaian.

Dalam pada itu, Najib meluahkan kekecewaan dengan kenyataan hakim Mahkamah Rayuan yang menyifatkan beliau memalukan negara, selepas mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Beliau menegaskan sepanjang berada dalam kerajaan, kepentingan negara sentiasa diberi keutamaan dan penekanan.

“Sepanjang penggal saya, jumlah aset negara meningkat daripada RM800 juta kepada RM2 trilion. Oleh itu, saya mencipta banyak kekayaan (untuk negara),” katanya

Sementara itu, Najib cuba melakukan provokasi dengan mencari salah pembangkang, apabila meminta kes yang digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Tan Sri Tommy Thomas menjadi peguam negara sebelum ini juga diteruskan oleh Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata, antaranya adalah ‘skandal forex’ yang sehingga kini tidak menyaksikan mana-mana individu didakwa atau didapati bertanggungjawab ke atas kehilangan sejumlah besar dana.

“Skandal forex menyaksikan sejarah apabila Kerajaan PH menarik balik siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ketika saya menjadi Perdana Menteri.

“Tiada seorang pun pernah didakwa dalam skandal paling besar negara ini dan satu sen pun wang yang hilang tak pernah dikembalikan di samping tiada tindakan susulan pun diambil sehingga kini,” katanya.

‘Skandal forex’ merujuk kepada kerugian tukaran wang asing berjumlah RM31.5 bilion membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dari 1991 hingga 1994 semasa negara diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

[QUOTE="e-JUMP-WanTopup-666, post: 727, member: 32"] [HEADING=2]Najib Masih Berdolak Dalih, Mengaku Tidak Salah Seleweng RM42 juta[/HEADING] [IMG]https://media.getaran.my/images/uploads/covers/_large/Najib_Razak-Zoom-081221-.jpg[/IMG] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih berdolak-dalih mengaku tidak bersalah walaupun Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonannya untuk mengenepikan tujuh pertuduhan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC). Malah Najib sekali lagi bersumpah mengatakan dirinya tidak tahu tentang dana berjumlah RM42 juta milik SRC International yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi miliknya. Ahli Parlimen Pekan itu berkata, dia juga tidak pernah sesekali mengarahkan sesiapa memasukkan RM42 juta ke dalam akaun berkenaan. [IMG]https://media.getaran.my/images/uploads/covers/_extra-large/Kronologi_kes_SRC-01.jpg[/IMG] “Saya amat kecewa dengan keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan pagi tadi, saya telah minta pasukan bela saya buat rayuan ke Mahkamah Persekutuan dengan segera. “Sebagai seorang yang beragama Islam, atas nama Allah, saya tidak pernah minta atau mengarahkan sesiapa untuk memasukkan RM42 juta masuk ke dalam akaun peribadi saya,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media khas secara aplikasi Zoom yang turut disertai peguam belanya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Terdahulu, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International selepas menolak rayuan Najib. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati rayuan Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai merit. [IMG]https://media.getaran.my/images/uploads/covers/_extra-large/Kronologi_kes_SRC-02.jpg[/IMG] Mahkamah mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini atas alasan hukuman dikenakan adalah wajar dan bersesuaian. Dalam pada itu, Najib meluahkan kekecewaan dengan kenyataan hakim Mahkamah Rayuan yang menyifatkan beliau memalukan negara, selepas mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Beliau menegaskan sepanjang berada dalam kerajaan, kepentingan negara sentiasa diberi keutamaan dan penekanan. “Sepanjang penggal saya, jumlah aset negara meningkat daripada RM800 juta kepada RM2 trilion. Oleh itu, saya mencipta banyak kekayaan (untuk negara),” katanya Sementara itu, Najib cuba melakukan provokasi dengan mencari salah pembangkang, apabila meminta kes yang digugurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu Tan Sri Tommy Thomas menjadi peguam negara sebelum ini juga diteruskan oleh Jabatan Peguam Negara. Beliau berkata, antaranya adalah ‘skandal forex’ yang sehingga kini tidak menyaksikan mana-mana individu didakwa atau didapati bertanggungjawab ke atas kehilangan sejumlah besar dana. [IMG]https://media.getaran.my/images/uploads/covers/_extra-large/Kronologi_kes_SRC-03.jpg[/IMG] “Skandal forex menyaksikan sejarah apabila Kerajaan PH menarik balik siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ketika saya menjadi Perdana Menteri. “Tiada seorang pun pernah didakwa dalam skandal paling besar negara ini dan satu sen pun wang yang hilang tak pernah dikembalikan di samping tiada tindakan susulan pun diambil sehingga kini,” katanya. ‘Skandal forex’ merujuk kepada kerugian tukaran wang asing berjumlah RM31.5 bilion membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dari 1991 hingga 1994 semasa negara diketuai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. [/QUOTE]
Verification
Sila taip semula perkataan WANTOPUP dalam huruf kecil atau besar.
Post reply
Home
Forums
Gosip
Gosip Para Kenamaan
Najib Masih Berdolak Dalih, Mengaku Tidak Salah Seleweng RM42 juta
This site uses cookies to help personalise content, tailor your experience and to keep you logged in if you register.
By continuing to use this site, you are consenting to our use of cookies.
Accept
Learn more…
Top