NASIHAT Mesej Mencurigakan Di Facebook, Awasi Taktik Scammer!!!~

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup

Mesej Mencurigakan Di Facebook, Awasi Taktik Scammer​

mesej_scammer.jpg

Mesej scammer yang dihantar menerusi aplikasi Messenger.

Segelintir pengguna Facebook mendakwa menerima pautan mencurigakan menerusi aplikasi Messenger masing-masing yang dikatakan dihantar rakan mereka sejak malam tadi.

Tinjauan Getaran mendapati, pautan itu dihantar bersama mesej dan emoji yang mencetuskan tanda tanya dengan meminta penerima membukanya, malah ada segelintir mengatakan mereka diminta menonton gambar atau video terkandung dalam pautan berkenaan.

Ada dalam kalangan pengguna itu terus menekan pautan diberikan walaupun bahasa dipaparkan bersama mesej diterima mencurigakan, kerana menganggap ia sememangnya dihantar rakan mereka.

Menyedari pautan diterima itu seolah-olah taktik digunakan scammer seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini, ada pengguna tidak membukanya, manakala segelintir membuat hantaran di Facebook masing-masing untuk memaklumkan serta bertanya mengenai perkara itu.

Beberapa pengguna pula meminta rakan mereka di laman sosial itu tidak membuka dan mengabaikan pautan serta mesej diterima kerana mereka tidak pernah menghantar maklumat berkenaan.

“Kawan-kawan FB ku semua, tolong abaikan messenger dari saya kerana bukan daripada saya. FB menghantar pautan kepada semua kontak dan rakan FB saya. Takut virus atau scammer. Tolong abaikan pautan dan hapuskan ya,” kata seorang pengguna media sosial.

Setakat ini tidak ada pengumuman atau penjelasan rasmi daripada Facebook mengenai isu heboh diperkatakan itu.

Namun, sebelum ini pihak media sosial dibangunkan Mark Zukerberg itu pernah memberikan peringatan kepada pengguna mereka supaya tidak membuka pautan mencurigakan daripada rakan menerusi Messenger.

Perkara tersebut dikhuatiri taktik terbaharu scammer yang menyasarkan pengguna menerusi rakan laman sosial terbabit dengan menghantar pautan secara peribadi mengandungi nama penerima berserta video bermesej dan emoji seperti terkejut.
 

orwinkael

Member Biasa
Emojis have become a simple and fun way to express emotions in online conversations, and they are now used everywhere from social media posts to daily chats. People often use different emojis to show feelings like happiness, love, surprise, or even confusion without typing long messages. Understanding their meaning helps improve communication and avoids misunderstandings in digital conversations. Many users also explore emoji guides and meanings to better understand how to use them correctly in different situations. A helpful resource for learning more about expressions and symbols is emoji meaning, which makes it easier for users to understand how each emoji can be used in real-life chatting and social media interaction.
 
Top