Home
Forums
New posts
Search forums
What's new
New posts
New profile posts
Latest activity
Members
Current visitors
New profile posts
Search profile posts
WanTopup.Com
WanFar.Com
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Install the app
Install
➡️ KLIK DISINI UNTUK DAFTAR BUKA AKAUN ⬅️
Home
Forums
Gosip
Gosip Para Kenamaan
Kenapa Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Buat Pekak, Bisu Isu Banjir - Rafidah Aziz
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Reply to thread
Message

[ATTACH=full]1330[/ATTACH]

Kenapa Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Buat Pekak, Bisu Isu Banjir - Rafidah Aziz

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa Kerajaan Keluarga Malaysia hanya bertindak sambil lewa dalam mengkoordinasi agensi kerajaan dan bantuan segera terhadap rakyat yang terkesan akibat banjir.

Bekas orang kuat UMNO itu dengan nada sinis berkata, kerajaan ketika ini menggunakan pendekatan ‘buat pekak, bisu, buta dan tak tahu’ dalam pengurusan bencana serta wabak yang dihadapi negara.

Menurut beliau, tindakan berkenaan dilihat ‘semakin berleluasa’ di kalangan pihak berkuasa, seolah-olah mereka tidak berpegang pada realiti keadaan.

“Kerajaan dan pihak berkuasa seperti lali terhadap kesilapan dan salah laku dalam kalangan mereka.

“Apa yang menyedihkan, golongan itu tidak melihat laporan yang dibuat atau mendengar bantahan umum.

“Mereka juga tidak berbuat apa-apa walaupun bukti ditunjukkan kepada mereka.

“Nampaknya itulah prosedur operasi standard (SOP) baharu dalam pentadbiran pengurusan bencana,” tegasnya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Dalam pada itu, Rafidah juga turut mempersoalkan sekiranya kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah ‘menghalalkan’ perbuatan salah laku dan rasuah, apabila ia dilihat semakin berleluasa di kalangan pemimpin politik.

Rafidah Aziz - Gambar Bernama

Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS) berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) gagal menguruskan banjir yang sedang melanda negara ketika ini.

Presidennya, Faizan Mohd Nor berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bahawa agensi itu hanya menguruskan pampasan, juga tidak boleh diterima semua pihak.

Katanya, kerajaan perlu memansuhkan NADMA dan terdapat keperluan ketika ini untuk memecat Abd Latiff yang ditugaskan bagi menjaga agensi berkenaan.

“Kerajaan perlu mengambil serius isu berkenaan kerana bencana ini menjadi kayu ukur kepada prestasi kerajaan yang dalam perjalanan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi,” katanya.

Abd Latiff sebelum ini dipetik sebagai berkata, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri.

Malah, katanya, NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri terlibat.

[QUOTE="e-JUMP-WanTopup-666, post: 1000, member: 32"] [HEADING=2][ATTACH type="full"]1330[/ATTACH][/HEADING] [HEADING=2]Kenapa Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Buat Pekak, Bisu Isu Banjir - Rafidah Aziz[/HEADING] Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mendakwa Kerajaan Keluarga Malaysia hanya bertindak sambil lewa dalam mengkoordinasi agensi kerajaan dan bantuan segera terhadap rakyat yang terkesan akibat banjir. Bekas orang kuat UMNO itu dengan nada sinis berkata, kerajaan ketika ini menggunakan pendekatan ‘buat pekak, bisu, buta dan tak tahu’ dalam pengurusan bencana serta wabak yang dihadapi negara. Menurut beliau, tindakan berkenaan dilihat ‘semakin berleluasa’ di kalangan pihak berkuasa, seolah-olah mereka tidak berpegang pada realiti keadaan. “Kerajaan dan pihak berkuasa seperti lali terhadap kesilapan dan salah laku dalam kalangan mereka. “Apa yang menyedihkan, golongan itu tidak melihat laporan yang dibuat atau mendengar bantahan umum. “Mereka juga tidak berbuat apa-apa walaupun bukti ditunjukkan kepada mereka. “Nampaknya itulah prosedur operasi standard (SOP) baharu dalam pentadbiran pengurusan bencana,” tegasnya menerusi hantaran di media sosial, hari ini. Dalam pada itu, Rafidah juga turut mempersoalkan sekiranya kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah ‘menghalalkan’ perbuatan salah laku dan rasuah, apabila ia dilihat semakin berleluasa di kalangan pemimpin politik. [IMG alt="Rafidah Aziz - Gambar Bernama"]https://media.getaran.my/images/uploads/covers/_extra-large/Rafidah_Aziz-040121-Bernama.jpeg[/IMG]Rafidah Aziz - Gambar Bernama Terdahulu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dikenali sebagai Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS) berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) gagal menguruskan banjir yang sedang melanda negara ketika ini. Presidennya, Faizan Mohd Nor berkata, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad bahawa agensi itu hanya menguruskan pampasan, juga tidak boleh diterima semua pihak. Katanya, kerajaan perlu memansuhkan NADMA dan terdapat keperluan ketika ini untuk memecat Abd Latiff yang ditugaskan bagi menjaga agensi berkenaan. “Kerajaan perlu mengambil serius isu berkenaan kerana bencana ini menjadi kayu ukur kepada prestasi kerajaan yang dalam perjalanan menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi,” katanya. Abd Latiff sebelum ini dipetik sebagai berkata, NADMA tidak terlibat secara langsung dalam urusan kejadian bencana alam seperti banjir di peringkat negeri. Malah, katanya, NADMA hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri terlibat. [/QUOTE]
Verification
Sila taip semula perkataan WANTOPUP dalam huruf kecil atau besar.
Post reply
Home
Forums
Gosip
Gosip Para Kenamaan
Kenapa Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ Buat Pekak, Bisu Isu Banjir - Rafidah Aziz
This site uses cookies to help personalise content, tailor your experience and to keep you logged in if you register.
By continuing to use this site, you are consenting to our use of cookies.
Accept
Learn more…
Top