Al-Kisah Kerjasama utk Bersatupadu :
Sang Ovum yg terhasil dari Ovulasi akan dihantar ke laluannya dimana segerombolan Si Sperma yg dimana proses Penyatuan Dua Induk Zuriat dari puhakLelaki & Perempuan Menyatu bersama lalu terbentuklah seketul gumpalan Darah yg terus membeku sehingga wujudnya seketul daging yg baru bernama Embrio.
Jangka Masa Ovulasi adalah Waktu Paling Subur Wanita, ianya adalah suatu masa & situasi yg paling penting untuk kehidupan Kaum HawaOvulasi adalah proses pelepasan sel telur yang sudah matang dari ovarium ke rahim agar bisa dibuahi oleh sperma. Jika tidak ada pembuahan ketika ovulasi, maka akan terjadi menstruasi.
Apakah yg dimaksudkan dgn Proses Ovulasi?
Ovulasi adalah proses pelepasan sel telur yang sudah matang dari indung telur ke rahim melalui saluran yang bernama tuba falopi. Sel telur yang dilepaskan inilah yang bisa dibuahi sperma dan berkembang menjadi janin. Ovulasi sering disebut sebagai masa subur wanita.
Ovulasi merupakan salah satu fasa dalam Kitaran Haid yg membabitkan Perubahan Hormon individu. Karena utk tempoh itu, kitaran haid [UWSL]setiap wanita biasanya akan berbeza-beza jumlah masanya, maka waktu ovulasi pun dapat bervariasi tanpa terikat ada kitaran yg sama setiap kali Haid. [/UWSL]
[UWSL][/UWSL][UWSL]Anda boleh mengetahui apabila tiba waktu ovulasi dari perhitungan kalendar mahupun ada sesetengah perempuan dpt melihat tanda-tandanya. [/UWSL]
Apakah itu KITARAN HAID?
Haid ialah campuran darah bersama-sama bahan daripada lapisan dalaman rahim yang luruh apabila persenyawaan tidak berlaku.
(4) Empat Fasa Kitaran Haid
i) Fasa Pertama: Hari 1-5
- Hari pertama kitaran haid anda ialah hari pertama haid anda (Hari 1).
- Hari pertama ini amat penting dan seeloknya ia dicatat bagi menetukan permulaan kitaran haid seseorang.
- Ketika fasa ini, hormon dalam tubuh anda menyebabkan rahim anda meruntuhkan lapisan yang dibentuk ketika kitaran haid yang terdahulu.
- Apabila memasuki fasa kedua, hormon entrogen dalam tubuh wanita berada pada tahap optimum dan darah akan membentuk lapisan tebal di dinding rahim.
- Hal ini berlaku kerana jika seseorang wanita itu hamil, telur yang telah disenyawakan itu akan mendapat semua nutrien dan sokongan yang diperlukan untuk membesar.
- Paras estrogen yang tinggi juga biasanya dapat dilihat dengan kehadiran mukus ini yang berwarna putih keruh.
- Sperma boleh berenang dengan mudah melalui mukus ini dan boleh hidup di dalamnya selama beberapa hari.
iii) Fasa Ketiga: Hari ke-14 (Waktu Subur)
- Peningkatan hormon ini menyebabkan folikel pecah dan membebaskan ovum (telur). Ke[UWSL]tika inilah yang dikatakan waktu subur / ovulasi. [/UWSL]
- [UWSL]O[/UWSL]vum boleh hidup sehingga 24 jam, manakala jangka hayat sperma selalunya 3-5 hari, maka hari-hari inilah dikatakan waktu paling subur dalam kitaran haid anda.
iv) Fasa Keempat:Hari 19-28 (Bersedia Untuk Hamil
atau pun Haid Seterusnya)
- Selepas ovum dibebaskan, folikel mula menghasilkan hormon lain iaitu progesteron dan kemudian menyebabkan peningkatan estrogen yang menambahkan lagi ketebalan dinding rahim.
- Sesetengah wanita akan mengalami sedikit kesakitan atau ketidakselesaan di bahagian abdomen atau perut semasa ovum ini dilepaskan daripada ovari.
- Jika wanita tidak hamil, bermakna telur yang tersenyawa tidak tertanam ke dalam rahim dan kadar progesteron akan berkurang.
- Rahim tidak lagi perlu mengekalkan persekitaran untuk menyokong janin, maka lapisan tebal rahim yang telah terbina mula tersisih dan tubuh anda akan melucutkannya melalui proses haid.
- Jika wanita hamil pula, telur itu telah disenyawakan dan akan membenamkan dirinya ke dalam lapisan rahim itu.
- Sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan itu terbenam, tubuh akan mula menghasilkan hormon kehamilan, iaitu hCG, yang akan memastikan folikel yang kosong itu kekal aktif sehingga plasenta menjadi cukup matang untuk mengekalkan kehamilan.
Tempoh kitaran ini dikira dari hari pertama datang haid (period) sehingga hari pertama haid pada bulan seterusnya.Ovulasi juga boleh diklasifikasikan sebagai KETEPATAN detik KESUBURAN atau masa yg berkualiti bagi usaha menghasilkan Zuriat
Kitaran haid yang tetap bergantung pada interaksi kompleks homon antara kelenjar pituiteri, ovari dengan rahim.
Tempoh Kitaran Haid Normal
[UWSL]Tempoh atau jangka masa bagi bilangan hari yg Normal haid diketahui secara umum iaitu setiap wanita yakni ya berbeza kitarannya mengikut kekuatan dalaman individu itu sendiri. [/UWSL]
Ia biasanya antara 25 ā 35 hari dan secara puratanya adalah 28 hari.
Tempoh perdarahan atau period pula berlaku selama lebih kurang 2-8 hari.
Kenapa Pentingnya Tahu Kitaran Haid?
Jika kitaran haid wanita adalah normal / tetap, maka lebih mudah untuk menentukan tempoh ovulasi atau waktu subur.
Jika kitaran haid wanita adalah normal yakni tetap, maka lebih mudah untuk menentukan tibanya ovulasi/waktu subur.
Begitu juga andai terjadi sebaliknya.
- Jika haid anda tidak tetap, anda mungkin tidak mengovulasi langsung, atau tidak kerap.
- Tempoh ovulasi ini boleh dijadikan salah satu cara semulajadi untuk membantu pasangan untuk hamil atau menjadi alternatif untuk mencegah / merancang kehamilan.
- Untuk mengira atau menganggarkan waktu ovulasi atau waktu subur, anda juga boleh menggunakan kalkulator ovulasi, juga boleh gun aplikasi yg di download melalui Gedung/Apps. Store. Kemudahan ini [UWSL]banyak membantu kaum Ibu-ibu yg mahu Hamil, ianya amat sesuai dan mudah bagi mengira proses ovulasi. [/UWSL]
Jadi, simpanlah rekod tarikh anda datang haid untuk memudahkan anda membuat rujukan terutamanya ketika berjumpa doktor.
Disamping kita berusaha untuk kelangsungan keturunan untuk kehidupan akan datang dengan Cara Sains melalui Kitaran Haid ini.
Jika anda individu yg [UWSL]Beragama, yakni percaya akan ada nya Tuhan Maha Pencipta. Maka berusahalah juga dgn perkara ataupun petua dan panduan dari Agama masing masing terkait dgn REZEKI MILIK TUHAN MAHA KUASA secara Logik Akal manusia akan menilainya sbg sebuah Keyakinan tambahan untuk kekal berusaha hingga mencapai matlamat ya. [/UWSL]
Kerapkan memberi harta yg kita punyai dgn cara paling mudahnya ialah kekal bersedekah setiap kali selepas Solat.
[UWSL]Ini ialah perkongsian ikhlas dari saya yg pernah juga di duga, namun say terus berusaha dgn keyakinan Allah SWT. [/UWSL]
[UWSL]Ketika sy berkahwin, tahun di laluinya amat hiba, selama hampir 5 tahun usaha kami tetap cekal & tabah menghadapi nerima tomahan sekeliling dgn istilah 'mandul' . Sebagai seorang Muslim, Allah ialah kekuatan utama utk kami suami isteri terus bertabah dgn beristighfar, sentiasalah berdoa dgn sedekah ikutkan kemampuan. [/UWSL]
[UWSL]Harap maaf semuanya, Moga[/UWSL][UWSL] perkongsian ini bermanfaat. Sekian terima kasih. [/UWSL]
[UWSL]Wassalam.. [/UWSL]
Last edited: