HANGAT Haqiem Rusli Kahwin, Ini Biodata Isterinya, Wan Anis Sofea

1639084479551.png

Haqiem Rusli Kahwin, Ini Biodata Isterinya, Wan Anis Sofea​

Dengan dua kali lafaz, penyanyi Haqiem Rusli sah menjadi suami kepada kekasihnya, Anis Sofea, 19, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya lingkungan pukul 3.41 petang tadi.

Haqiem memberikan mas kahwin sebanyak RM300 serta wang hantaran bernilai RM100,000, bersama lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan.


Majlis resepsi diadakan secara tertutup dengan tema Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara di SkyGlass Cyberjaya.


Rekaan busana dipertanggungjawabkan kepada pereka fesyen ternama, Rizman Ruzaini dan Razman Razmi.


Penyanyi itu turut menyerahkan berlian terbaik dunia, cincin berlian Hearts of Fire kepada pilihan hatinya itu.


Nilai majlis perkahwinan mereka dianggarkan melebihi RM7 juta.

Biodata Anis Sofea​

Nama penuh: Wan Anis Sofea binti Wan Zamzuri
Nama komersial: Anis Sofea
Umur: 19 tahun (2021)
Asal: Kelantan
Pendidikan: Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju
Kerjaya: Usahawan, personaliti media sosial
Instagram (IG): @sofeaaaaz


Latar Belakang Dan Fakta Menarik​

1. Merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran Santhai Village yang diusahakan bersama Haqiem.
2. Mengumpul jumlah pengikut 62,000 di akaun Instagramnya, @sofeaaaaz.
3. Berkenalan dengan Haqiem dalam tempoh hampir dua tahun sebelum memutuskan untuk berumah tangga.
4. Mula mengenali Haqiem ketika menjalankan usaha sama dalam bisnes.
5. Hubungan cintanya dengan Haqiem bukanlah perkara baharu di kalangan peminat kerana pernah dihidu warganet yang mengaitkan mereka bercinta sebelum ini.
6. Selepas Haqiem membuat pengakuan bakal berumah tangga pada Jun lalu, pasangan ini bertindak mengunci mulut sehinggalah Haqiem berkongsi tarikh perkahwinan mereka pada 19 November ini sewaktu menyambut trofi Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 34 (ABPBH34), Sabtu lalu.
7. Difahamkan, Anis telah mengubah imej penampilannya dengan memakai tudung, baru-baru ini.
8. Penampilan baharunya itu mendapat perhatian khalayak yang rata-rata memuji keayuannya.
9. Seiringan itu, Anis turut memadam kesemua gambar dan video lamanya di IG, meninggalkan hanya dua keping foto bertarikh 31 Oktober lalu dengan imej baharunya.
10. Netizen mendakwa Anis memiliki iras wajah hampir serupa dengan aktres Hanis Zalikha.
11. Haqiem terbit dengan buah tangan lagu terbaharu berjudul 'Hitam Saksi Putih' yang diciptakan khas sempena hari perkahwinan mereka.


Baca: Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Haqiem Rusli
Baca: Biodata Penyanyi Zali Rusli, Adik Haqiem Rusli



Gambar​


1639084464847.png
1639084458829.png
1639084452955.png
1639084444227.png
1639084434220.png
1639084425918.png
1639084420719.png
1639084412334.png
1639084406013.png

Kredit foto: Instagram Anis Sofea & Twitter Anis Sofea


Video​



Kredit foto: Haqiem Rusli Malu-Malu Cerita Sisi Sebenar Bakal Isteri


Sumber:
1. Bakal Isteri Haqiem Rusli Baru 19 Tahun, Netizen - "Iols Umur Macam Ni Dulu Excited Masuk U"
2. Kenali Anis Sofea bakal isteri Haqiem Rusli, cantik manis orangnya
3.
 
Top