PANAS 'Halal' Berpegangan Tangan, Caprice Akhiri Zaman Bujang

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup

caprice_nikah_ig_yasserpink.jpg

'Halal' Berpegangan Tangan, Caprice Akhiri Zaman Bujang​

Penyanyi dan usahawan Caprice membuat kejutan apabila memuat naik sebuah video di laman Instagram rasmi miliknya menunjukkan seolah-olah dia sudah bernikah.

enyanyi dan usahawan Caprice membuat kejutan apabila memuat naik sebuah video di laman Instagram rasmi miliknya menunjukkan seolah-olah dia sudah menikahi seorang wanita bernama Farra Inalis.

Dalam video tersebut menunjukkan Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli dalam pakaian serba putih berpegangan tangan bersama Farra Inalis dengan kapsyen bertulis ‘Halal’.



Bukan itu sahaja, penyanyi itu mengakui bahawa dia sedang berada di fasa tertentu yang membuatnya berdiam diri dalam masa 40 hari ini namun berjanji bakal menceritakan apa yang terjadi kepada khalayak nanti.

Hasil pemerhatian Getaran di Instagram Story milik Farra Inalis mendapati sebuah video pendek dikongsikan menunjukkan mereka berdua kini berada di babak baru kehidupan mereka.

Tangkapan layar Instagram @farra_inalis
Tangkapan layar Instagram @farra_inalis
Dikatakan Caprice dan Farra yang juga merupakan ibu kepada seorang anak sudah berkenalan rapat sejak setahun lalu.

Ruang komen Instagram milik Caprice dibanjiri ucapan tahniah daripada kenalan rapat dan peminat.

“Tahniah!” tulis Sufian Suhaimi.

“Semoga diberikan kebahagiaan dunia akhirat,” tulis seorang peminat.

WhatsApp_Image_2021-11-15_at_10.03.45_PM(1)caprice_nikah.jpeg

Untuk rekod, sebelum ini Caprice pernah dikatakan menyimpan perasaan terhadap pelakon Mira Filzah namun hasratnya itu tidak kesampaian.
 
Top