Gordon Ramsay Bakal Buka Restoran Di Malaysia.
Disenaraikan di antara cef terbaik di dunia, kehebatan Gordon Ramsay dalam dunia kulinari menjadikan dia sohor dijulang tinggi dan dianugerahkan 16 bintang Michelin sepanjang kariernya.
Beberapa minggu ini, Gordon Ramsay Bar & Grill menjadi bualan warganet kerana lokasi selera berprestij ini bakal dibuka dalam sedikit masa lagi.
Khabar gembira ini dikongsi oleh Sunway Resort di laman sesawang mereka baru-baru ini.
Pembukaan restoran ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia setelah beberapa kali tertangguh gara-gara pandemik COVID-19.
Masakan tidak, kehebatannya dalam dunia kulinari menjadikan Ramsay sohor dijulang tinggi dan dianugerahkan 16 bintang Michelin sepanjang kariernya.
Disenaraikan di antara cef terbaik di dunia, anak kelahiran Scotland ini mempunyai 35 buah restoran di seluruh dunia.
Bagaimanapun, Gordon Ramsay Restaurant yang terletak di London paling popular dan telah dianugerahkan tiga Bintang Michelin sejak 2001.
Kini, cef dan personaliti televisyen popular ini sudah sedia untuk beraksi di Malaysia. Gordon Ramsay Bar & Grill yang beroperasi di lobi, Sunway Resort sudah pasti menjadi pilihan pencinta makanan kelas atasan yang sentiasa dahagakan pengalaman menjamu selera luar biasa.
Menerusi entri di laman sesawang Sunway Resort, Gordon Ramsay Bar & Grill akan dibuka dengan menawarkan pelbagai menu menyelerakan, daripada snek dan makanan ringan, hinggalah ke hidangan istimewa Gordon Ramsay seperti Beef Wellington.
Restoran yang terletak di aras lobi Sunway Resort akan menampilkan hiasan dalaman kontemporari yang ikonik, mewujudkan suasana yang menarik, pemandangan lagun melalui bingkai tingkap dari lantai ke siling, ruang makan peribadi serta menyediakan pentas untuk acara persendirian.
Bilik-bilik persendirian yang boleh dijadikan pilihan diberi nama ‘8 Mayfair’, ‘10 Soho’ dan ‘12 Chelsea’ yang menampilkan tema berbeza yang pastinya membuatkan anda kagum.
Terdahulu, Cef Ramsay dalam satu temu bualnya bersama akhbar The Star, memberitahu beliau membuat keputusan untuk membuka restoran pertamanya di Malaysia kerana teruja melihat pembangunan dan semangat luar biasa yang dimiliki oleh negara ini.
Jelas beliau, dia sememangnya mencintai Asia. Pekerjaan beliau telah membawanya mengembara ke merata tempat dan menghabiskan banyak masa di Hong Kong, Singapura dan Indonesia.
Malaysia juga berjaya menambat hatinya dan atas sebab itu beliau cukup teruja apabila berpeluang membuka restoran di sini.
Walau bagaimanapun, Gordon Ramsay Bar & Grill menjual alkohol dan berstatus ‘pork-free’ (tidak menyajikan daging ****.)
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk di sini.
Last edited: