HANGAT GEMPAR Misteri Kehilangan Duit/Wang sekitar 4 buah Kampung sejak 10 tahun lalu, Onarnya masih menjadi Misteri di kalangan Penduduk kampung 😱😱😱

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup
Penduduk di empat kampung dalam mukim Kubang Kerian di sini bingung dengan kehilangan wang yang kerap berlaku sejak setahun lalu.
Kejadian difahamkan sudah berlaku lebih 10 tahun lalu tapi tidak secara berterusan.
1634648398689.png
Ada penduduk yang mengaitkan misteri itu dengan toyol berikutan tiada kesan pecah rumah dan wang boleh hilang walaupun disimpan di tempat tersembunyi.
1634648458732.png
Penduduk Kampung Parit Raja, Pulong, Chicha dan Kenali kerap kehilangan wang malah ada berjumlah ribuan ringgit lesap secara misteri.
Ada penduduk yang mengaitkan misteri itu dengan toyol berikutan tiada kesan pecah rumah dan wang boleh hilang walaupun disimpan di tempat tersembunyi.
1634648530546.png
Kejadian terbaru dialami kakitangan kerajaan, Sudarwaty Abdul Rajab, 42, pada petang Jumaat lalu apabila kehilangan RM500 yang disimpan di dalam beg tangannya.
"Petang Khamis lalu saya mengambil wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebanyak RM1,000 sebelum pulang ke kampung di Terengganu untuk berjumpa ibu bapa.
"Keesokan harinya apabila ingin menghulurkan wang kepada ibu bapa, saya terkejut kerana mendapati RM500 yang ingin diberikan itu hilang namun enggan bising kerana ini bukan kali pertama berlaku," katanya.
Sudarwaty yang menetap di Kampung Pulong berkata, kejadian seumpama itu sudah setahun dialami namun tidak diceritakan kepada sesiapa selain sanak saudara namun beberapa hari lalu apabila mengetahui kejadian sama menimpa ramai individu lain menerusi satu kumpulan Whatsapp, dia agak terkejut.
Katanya, pelbagai ikhtiar sudah dibuat selain solat hajat termasuk melakukan beberapa tips yang diketahui iaitu jangan membiarkan wang kertas berkeadaan elok sebaliknya lipat atau biarkan ronyok dan apabila dipraktikkan, langkah itu dilihat menjadi.
"Bagaimanapun apabila terlupa membuat tips itu, memang duit akan hilang termasuk wang tabung anak dan walaupun 'benda itu' tidak mengambil semua wang tapi apa yang kami perhatikan, dia hanya ambil not RM20 ke atas," katanya.
1634648585587.png
"Petang Khamis lalu saya mengambil wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebanyak RM1,000 sebelum pulang ke kampung di Terengganu untuk berjumpa ibu bapa.

Di saat penduduk daripada tiga kampung lain itu masih bingung memikirkan misteri itu, komuniti Kampung Pulau Raja pula sudah lega apabila sudah tiada lagi kejadian seumpama itu sejak awal tahun lalu berikutan kawasan itu sudah 'dipagar'.
1634648647725.png
Seorang penduduk kampung yang ingin dikenali sebagai Siti, 41, kejadian duit hilang sudah dialami mereka sejak lebih 10 tahun lalu dan pelbagai ikhtiar sudah dibuat sebelum seorang ustaz dirujuk dan memagari kawasan rumah kira-kira 20 penduduk yang kerap diganggu.

"Sebelum ini memang kami tidak senang duduk kerana kerap sangat hilang wang namun untuk mengaitkannya dengan perlakuan manusia tidak logik kerana tiada kesan, lebih-lebih lagi wang yang di dalam genggaman pun boleh ghaib tiba-tiba.

"Habis ikhtiar kami lakukan termasuk menyorokkan wang dalam peti ais dan menyelit dalam kitab al-Quran tapi ia tetap hilang dan salah satu tips yang dilihat agak menjadi ialah dengan mengepil dawai kokot di hujung helaian wang dengan alat pengokot (stapler).

"Kami juga banyak membuat ikhtiar lain iaitu solat hajat serta merujuk golongan agamawan dan Alhamdulillah selepas 'dipagar kawasan' oleh seorang ustaz awal tahun ini, kejadian itu sudah tiada," katanya.

Selain toyol, ada juga seseorang ya g mengamal ilmu tarik duitnya tampak begitu berbeza dengan teknik mencurigakan menggunakan sejadah.

Saksi kan video berikut dimana perkongsian ini untuk menambahkan pengetahuan kita semua agar tidak ada yang terpedaya dengan hasutan syaitan dan muslihat Jin terkenal dgn muslihat tipu daya terkait kemewahan yg sementara di dunia yang fana ini, sampai terlupa lah mereka yang terlibat itu hingga dosa mengaburi AKALNYA dlm menafsirkan kenyataan yang paling mudah, seperti bunyi kata orang lama lama dulu..
Jika kamu BerSenang senang dahulu waktunya sekarang.. Beringatlah. Bykkan Istighfar.. Andai Terasa Susah kemudian waktunya dirasai sanubari~ šŸ˜‡Beringatlah. Bykkan Istighfar..
Setiap perkara itu diputuskan olehnya Maha Pencipta, tiada walau Sa[UWSL]tu perkara yang namanya ciptaan ya itu bermaksud tunggal yakni satu... [/UWSL]
[UWSL]Kecuali yang Maha Esa Pemilik Mutlak Segalanya, Allah SWT.. [/UWSL]
Hanya Allah SWT yang Maha Esa (Satu)
Bertabah lah semua..
Astaghfirullahaladzim 1000x
Semoga Allah melindungi diri kita semuanya.


sumber:YouTube Ustaz Rosdi Hassan
 
Last edited:
Top