NASIHAT Galak Bermain Tik Tok, Seorang Wanita Hampir Dicerai Suami!!~Fuhh Sipi Sipi je tu, kalau Tepat lah Confirm BerTalak Talak lah Si Suami & Si Isteri itu

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup

Galak Bermain Tik Tok, Seorang Wanita Hampir Dicerai Suami​

TikTok-Logo-1024x576.png

KUALA TERENGGANU - Gara-gara galak bermain Tik Tok, seorang wanita hampir diceraikan oleh suaminya, dedah Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Moktar Salleh.

Beliau berkata kes tersebut membabitkan pasangan berusia 30-an apabila lelaki itu mengugut untuk menceraikan isterinya dengan talak satu.

“Lelaki itu cemburu apabila ramai yang memberikan tanda suka kepada hantaran isterinya yang tular.

“Walaupun disuruh berhenti TikTok, tetapi isterinya enggan, jadi lelaki itu mengugut mahu menjatuhkan talak jika pasangannya masih berterusan bermain aplikasi itu,” katanya kepada media di sini hari ini.

Moktar Salleh
Moktar Salleh
Namun beliau berkata selepas sesi ‘pujukan’ kes itu berjaya dielakkan menerusi syarat yang dikemukakan suami.

“Suami bersetuju memberi masa kepada isterinya untuk berubah sebelum kes itu dirujuk ke mahkamah syariah,” katanya.

Pada masa sama beliau mengingatkan golongan lelaki yang sudah berkahwin agar tidak menggunakan lafaz talak sesuka hati jika menghadapi masalah dengan pasangan.

Ini katanya akan memberi kesan buruk terhadap institusi rumah tangga yang dibina.
family-splitting-up-getting-divorce_53876-43290.jpg

Beliau berkata situasi perceraian dengan alasan remeh-temeh dan tidak munasabah itu sentiasa berlaku dalam masyarakat di negara ini.

Justeru itu beliau menasihati pasangan suami isteri perlu mencontohi perjalanan hidup Rasulullah serta berpegang dengan hukum syarak bagi mengekalkan keharmonian hidup berumah tangga.
divorce-concept-illustration_114360-2875.jpg

Di Terengganu, kadar perceraian pada 2019 merekodkan sebanyak 2691 kes manakala 1617 kes dicatatkan pada 2020.
 
Top