PANAS FIZO OMAR MENDEDAHKAN PERCINTAAN DI MUSIM PKP... LEBIH KURANG DLM SETAHUN JE KENAL TERUS AKAD NIKAH !!!~

1635504225792.png 1635504558300.png 1635504336792.png

FIZO OMAR DEDAH BERCINTA MASA PKP, SETAHUN KENAL TERUS NIKAH !!!

"Apa yang paling penting Maryam okey dengan dia," demikian kongsi pelakon Fizo Omar dalam sesi soal jawab di Instagram Story miliknya.

Dalam status yang dimuat naik itu, Fizo hanya berkenalan dengan isterinya, Fazeera Nazri Aziz selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk bernikah pada 21 Oktober lalu.

1635504258879.png 1635504298848.png

Fizo berkata, Fazeera adalah seorang pramugari yang berpangkalan di Doha, Qatar sebelum ini. Menurut Fizo, dia bersyukur kerana hubungan mereka mendapat 'lampu hijau' daripada puteri tercintanya, Wan Maryam Wan Hafizol, 4.

Pada 21 Oktober lalu, Fizo melangsungkan pernikahan dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Azrai, 25, yang diadakan secara tertutup di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

Untuk makluman, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam.

1635504392890.png1635504442636.png

"Sebenarnya kami baru kenal setahun. Dia adalah pramugari di Doha sebelum ini dan pulang ke tanah air ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lalu. Dalam tempoh PKP kami terjumpa di suatu tempat dan ketika itulah bibit perkenalan bermula dan bercinta.
-Media
 
Top