SOALAN Benarkah Pemandu Perodua Myvi Suka Memandu Sambil Cucuk Kereta Depan?

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup
Kenapa pemandu kereta Perodua Myvi dikatakan mempunyai persepsi yang negatif? Adakah itu benar atau hanya sekadar andaian orang ramai? Untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjur, media telah cuba menemuramah beberapa orang pemilik Myvi untuk mendapatkan jawapan adakah dakwaan masyarakat ada asasnya atau mereka ini selalu disalah ertikan.

Benarkah Pemandu Perodua Myvi Suka Memandu Sambil Cucuk Kereta Depan?​

1640971616458.png
Tidak ramai yang mahu ditemubual, tapi pihak kami bernasib baik apabila saudara Dan (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemilik kereta berjenama Perodua Myvi dulu mahu memberikan kerjasama. Melalui perbualan dalam talian ini, kami cuba menyingkap masalah sebenar yang dihadapi oleh pemilik Perodua Myvi.
1640971609665.png
Soalan 1
"Kenapa pemandu Myvi ni suka cucuk angin kereta depan?"
Dan : Aku pun tak tau kenapa. Bila aku bawak kereta aku sekarang (Vios) aku tak ada la rasa nak mencucuk sangat. Mungkin sebab bawak Myvi ni pickup jadi kita nak jalan berdesup aje pergi. Aku tak boleh jawab soalan tu. Mungkin ada sesuatu pada Myvi yang membuatkan kami suka cucuk kereta depan kami.
Soalan 2
"Kami ada teori pasal tu. Pemandu Myvi malu dengan kereta dia sendiri. Benar?"

Dan : Malu? Malu macam mana tu? Nak kata malu tu tak ada la rasa malu. Cuma bila dibandingkan dengan kereta lain, memanglah nampak sangat yang Myvi ni 'kereta orang ramai' dan sebab tu tak berapa eksklusif. Bila dah ramai sangat pakai Myvi, mungkin sebab tu lah ada yang rasa malu dia beli Myvi."
1640971601908.png
Soalan 3
"Berkait dengan soalan 2 tadi, ada tak besar kemungkinan sebab Myvi ni sebenarnya kereta feminin yang dibeli oleh lelaki maskulin?"
Dan : Kah kah kah kah kah. Aku rasa itu lah punca sebenarnya. Aku bohong la kalau aku kata rupa Myvi tu sesuai dengan lelaki. Memang feminin sebenarnya rupa Myvi ni. Kalau kau tengok dari sudut mana sekalipun, memang nampak Myvi ni kereta orang perempuan yang cuba disportkan oleh Perodua untuk pasaran Malaysia.
Soalan 4
"Jadi, boleh tak kita kata pemandu Myvi cucuk angin kerana dia malu bawak kereta rupa sesuai untuk perempuan?"
Dan : Kah kah kah kah kah. Kelakar bang kau punya teori. Tapi kalau aku fikir balik, ada la jugak benarnya. Siapa yang gerun tengok Myvi atas jalan? Boleh ke aku kata itu punca pemandu Myvi ramai yang cucuk? Boleh lah kot, ikut pemiliknya. Mungkin ada yang rasa insecure dengan maskuliniti sendiri jadi dia terpaksa cucuk kereta lain untuk buktikan kejantanan dia.
1640971593587.png

Soalan 5
"Kenapa ramai pemilik Myvi tukar suspension kereta? Ada perubahan ke?"
Dan: Aku rasa pandangan majoriti pemilik memang setuju yang sistem absorber dengan suspension Myvi keras. Tak sedap dan senang membuang. Lagilah bila bawak lebih 110km/j, memang stereng boleh dirasakan ringan semacam aje. Langgar jalan tak rata, melambung-lambung. Nak kata ada perubahan, pada aku la lepas tukar sistem GAB dulu, sebenarnya tak ada. Tapi dulu aku kata ada la, sebab dah spend seribu lebih, takkanlah aku nak kata tak ada perubahan.
Soalan 6
"Encik Dan sedapkan hati sendiri ke waktu tu?"
Dan : Soalan kau membuat aku tak selesa, hahahah. Kita tukar topik lain lah.
Soalan 7
"Jadi berbalik kepada persoalan penting, kenapa pemilik Myvi suka bikin kereta?"
Dan : Ak eleh. Geng Fast and Furious pun bikin kereta diorang bro.
Soalan 8
"Tapi watak perempuan dalam cerita tu mana ada yang bawak Myvi bikin, kan?"
Dan : Kau bukannya nak buat artikel pasal Myvi pun ni. Kau nak kutuk pemilik Myvi aje ni.
1640971584748.png
Soalan 9
"Tak lah. Bukan semua. Hanya pemilik Myvi yang kaki cucuk angin dan mesti suka bikin kereta dia saja Encik Dan. Kena ada dua-dua faktor tu baru kami kutuk. Adakah Encik Dan salah seorang dari mereka?"
Dan : Malu aku nak mengaku. Aku dah admit aku suka cucuk angin kereta depan. Ye, Myvi aku bikin habis siap tukar muffler sebab nak bunyi garang. Aku bikin sebab nak kepuasan hati sendiri. Kalau kau cakap balik yang orang lain nampak kereta aku, bukan aku, aku tak nak jawab dah soalan kau.

Soalan 10
"Baiklah, saya tak cakap begitu Encik Dan. Soalan terakhir. Selepas jual Myvi dan angkat kereta lain, macam mana pandangan Encik Dan?"
Dan : Mula-mula tu kekok jugalah, sebab aku tak pernah bawak kereta sedan. Tapi lama-kelamaan ok la. Vios tu pun cantik, tak perlu dah aku nak makeup ke, nak pasang apa-apa. Semua benda aku tak kacau, standard, cuma hobi nak tampal sticker tu mesti ada.
Soalan 11
"Boleh tanya satu lagi soalan, jika ada anak muda nak beli Myvi, apakah nasihat Encik Dan kepada mereka?"
Dan : Nak beli Myvi ni boleh. Tapi jangan poyolah. Aku jumpa ramai owner Myvi yang poyo yang gemar bercerita pasal dia punya skill driving yang dia kata hebat. Myvi ni ringan aje dik, kau bawak laju corner tajam sikit boleh melayang kereta kau. Dah banyak kes Myvi terbalik (turtling) sebab laju sangat bawak. Kereta compact car aje dekat Jepun tapi kat Malaysia aje dipanggil Extreme (Encik Dan adalah pemilik Myvi SX lama).
Tah apa yang Extreme nya, semua tu gimik marketing aje. Kereta tu masih lagi kereta kompak yang had dia banyak kena patuhi. Orang lain bawak kereta tu pergi pasar, kau bawak macam kau atas trek tengah berlumba. Perodua ni pun satu, pergi jualkan Myvi dengan imej garang. Pemiliknya pun terpengaruhlah percaya kereta tu garang sedangkan Myvi tu gunanya tak lebih daripada kereta bandar yang mampu bawa kita dari poin A ke B dengan cepat dan senang.

Kesimpulan yang kami dapat buat adalah;​

1. Myvi kereta berupa feminin, jadi pemandunya tanpa sedar jadi lebih agresif untuk cover kefimininan itu.​


2. Corak pemasaran Perodua yang menjual imej Xtreme juga boleh dikatakan sebagai salah satu punca.​

Terima kasih kepada Encik Dan kerana sudi berkongsikan pandangan beliau atas topik mengapa ramai pemandu yang memandu Myvi, memandu laju dan suka cucuk kereta depan.
 
Top