Baru Buka Akaun Instagram, Gong Yoo Raih Setengah Juta Pengikut!
.jpg)
Pelakon 'Goblin' itu membuka akaun Instagram rasminya hari ini dan memuat naik makanan sebagai foto pertama.
Bintang terkenal Korea Selatan Gong Yoo menjadi topik sohor kini di Twitter apabila melancarkan akaun Instagram rasminya hari ini.
Menerusi akaun @_gongyoo_official_ , pelakon siri popular Goblin ini memuat naik foto pertama iaitu sotong dalam sebuah mangkuk dan mendapat lebih 100,000 tanda suka dalam masa empat jam.
Sejam kemudian, Gong Yoo memuat naik gambar keduanya dan mendapat lebih 300,000 tanya suka.
Akaun tersebut disahkan sendiri oleh syarikat naungannya iaitu Management Soop.
“Hai, kami Management Soop,
"Terima kasih kepada semua peminat yang selalu menyokong Gong Yoo.
"Kami dengan ini membuka akaun rasminya untuk berkongsi tentang kehidupan Gong Yoo kepada peminat,” tulis syarikat pengurusan itu.
Baru beberapa jam akaun tersebut diwujudkan, pelakon tersebut telah mempunyai lebih 400,000 pengikut. Antara selebriti yang mengikuti akaun Gong Yoo ialah Bae Suzy.
Rata-rata peminat teruja dengan kewujudan akaun Gong Yoo tersebut.
“Wah, nampaknya pandai pilih tarikh ya. 1 Disember!” tulis seorang peminat.
“Selamat datang ke Instagram, rajin-rajin update ya,” kata peminat yang lain.