INFO Bagaimana (PUBG) Player Unknown’s Battleground Mobile b boleh popular di Malaysia?

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup
Bagaimana (PUBG) Player Unknown’s Battleground Mobile b boleh popular di Malaysia?

Bermula dengan permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds di PC, ramai rakyat Malaysia tertarik dengan genre battle royale ini.

Pada mulanya PUBG PC menjadi kegilaan pemain-pemain di banyak kafe siber serata Malaysia.

Dari didominasi Dota 2, kafe siber di Malaysia didominasi pula PUBG PC.

Akhirnya versi mudah alih hadir pada tahun 2018 dan memberi satu fenomena baru terhadap pengguna telefon pintar di Malaysia.

PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM) adalah permainan di platform mudah alih yang tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia.

Dengan lebih dari 100 juta muat turun di Google Play Store, permainan ini telah menjadi game paling ramai pemain pada Jun 2018.

Kelangsungan hidup juga menjadi tema untuk permainan ini apabila seorang sahaja yang perlu menjadi pemenang dan sebagai last man standing.


pubg-1024x576.jpeg




Jadi kenapa Player Unknown’s Battleground Mobile popular di Malaysia?

1. Mudah untuk belajar tetapi sukar untuk dikuasai​

PUBG_Mobile-1024x536.jpg


PUBG Mobile pada mulanya tampak mudah, anda hanya perlu terjun dari kapal terbang dan pergi ke tempat yang mempunyai kelengkapan dan juga senjata.

Namun tahap kesusahan ini akan meningkat lebih tinggi apabila pemain boleh memilih samada untuk bersembunyi, mengelak bahaya atau menjadi agresif untuk mengalahkan pihak musuh.

Battle royale dan perasaan untuk menjadi pemain terbaik menjadi tarikan untuk pemain-pemain Malaysia.


2. Akses Mudah​

PUBG Mobile juga adalah permainan video yang mudah untuk di akses. Boleh dimuat turun di Google Play Store dan juga iOS menyebabkan ramai mencuba untuk bermain.

Dengan pemain yang ramai tanpa perlu menunggu permainan untuk matchmaking. Majoriti rakyat Malaysia mempunyai telefon pintar untuk mencuba.

Dari kanak-kanak sehingga orang dewasa ramai orang mencuba PUBG Mobile dan akhirnya sudah menjadi rutin harian dengan bermain permainan ini.

Spesikifasi peranti pintar yang rendah pun boleh main PUBG Mobile dengan baik.


3. Buah mulut kawan-kawan​

PUBG Mobile pada mulanya tidak meletup namun apabila ramai rakan-rakan mengajak untuk bermain popularitinya melonjak di Malaysia dengan begitu cepat sekali.

Ia juga menjadi salah satu permainan yang menjadi kegilaan remaja di Malaysia menurut The Malaysian Reserve.

Siapa sangka buah mulut menjadi antara penyebab lebih ramai orang bermain.

Tidak lupa juga PUBG Mobile menjadi salah satu fenomena di restoran mamak apabila ramai rakan-rakan berseronok dan lepak sehingga lewat malam untuk bermain bersama.


4. Komuniti​

logo_pubgm.png




Tak dinafikan, PUBG Mobile mempunyai salah satu komuniti e-sukan terbesar di Malaysia. Lihat saja angka penonton yang menyaksikan Liga Profesional (PMPL) ataupun kejohanan dunia (PMGC), menunjukkan Malaysia mempunyai peminat yang begitu ramai.

Tambahan lagi, golongan streamer yang meningkat naik membuatkan komuniti ini lagi meriah. Fredo, Yakuza, ManParang dan beberapa pemain profesional lain menjadi ikutan di dalam industri sekali gus memperkenalkan kepada orang ramai.

Group di Facebook seperti Warga J, Warga O dan Warga E juga memainkan peranan menyebarkan pengaruh permainan ini kepada lebih ramai orang. Terdapat perbincangan, drama dan spekulasi membuatkan game ini sentiasa dibincangkan sesama gamers.

K Clique juga menjadi duta untuk PUBG Mobile dan sekaligus menarik lebih ramai lagi peminat-peminat di luar sana selain artis tanah air yang memberikan impak sama.


5. Penyertaan golongan wanita​

07hmesokannnn4_1570413616.jpg


Selain menjadi permainan kasual yang membolehkan lelaki berinteraksi dengan rakan wanita mereka, PUBG Mobile juga menyediakan peluang bertanding yang sama rata kepada wanita.

Banyak kejohanan dianjurkan yang membabitkan pasukan wanita ataupun mixed team. Dari kejohanan kecil hinggalah ke Liga Profesional, pembabitan wanita dalam permainan ini dikatakan sangat membanggakan. Malah, ada organisasi e-sukan juga mewujudkan pasukan wanita.

Setakat ini sahaja kenapa PUBG Mobile menjadi popular di Malaysia.

Apa lagi sebab-sebab yang menjadikan PUBG Mobile popular di Malaysia dan berjaya mencetuskan dan mengubah landskap e-sukan di Malaysia.
 
Top