AGAK MURKA DISITU YA.. Sultan Johor Kecewa Sikap Masyarakat Buang Sampah! PARA RAKYAT JELATA YG BIJAKSANA, TOLONGLAH PEKA & PRIHATIN LEBIH SIKIT EKK!~

e-JUMP-WanTopup-666

Kne3~Jump Ver.6666
Staff member
Admin WanTopup
Staff WanTopup
Agent WanTopup
buang_sampah_dalam_sungai.jpg

Sultan Johor kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang membuang sampah dalam longkang, parit dan sungai hingga menyebabkan sistem saliran tersumbat. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan kekesalan baginda dengan sikap segelintir masyarakat yang gemar membuang sampah di dalam longkang, parit dan sungai hingga menjejaskan saliran air terutamanya pada musim hujan di kawasan bandar raya Johor Bahru.
Baginda bertitah hasil siasatan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mendapati banjir kilat yang melanda kawasan bandar raya bulan lepas berpunca akibat sistem saliran tersumbat disebabkan sampah sarap dan sisa binaan.
download.php
mbjb-2.jpg


Laporan dan gambar-gambar hasil siasatan MBJB dipersembahkan kepada Sultan Johor oleh Datuk Bandar MBJB Datuk Noorazam Osman di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru baru-baru ini.
“Ia berpunca daripada sikap segelintir masyarakat yang gemar membuang sampah ke dalam sungai, parit dan longkang. Apabila turunnya hujan dalam jumlah yang besar dan tempoh yang lama, maka banjir kilat pasti tidak dapat dielakkan.
''Saya ada melihat gambar-gambar dan rakaman video yang ditunjukkan oleh Datuk Bandar MBJB. Terdapat begitu banyak sampah dibuang termasuk tilam, kayu dan juga peti sejuk. Amat mengecewakan,” titah baginda menerusi satu hantaran di Facebook rasmi baginda, hari ini.


1009423.jpg

Sultan Ibrahim bertitah masyarakat seharusnya lebih bertanggungjawab dengan tidak membuang sampah dalam saliran mahupun sungai kerana perbuatan seperti itu kelak menyumbang kepada berlakunya banjir.

221758.jpg

Sebelum ini, Sultan Johor ada menitahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor serta pihak berkuasa tempatan supaya menjalankan kajian di semua kawasan yang kerap berlaku banjir kilat di negeri ini.
Sementara itu, Noorazam berkata bahawa pihaknya telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi yang terlibat dengan membersihkan halangan di dalam parit, longkang serta saliran utama.
“MBJB memperuntukkan RM6 juta untuk penyelenggaraan sungai dan longkang setiap tahun. Sikap segelintir rakyat kita amat dikesali.
“Saya juga telah mengadakan lawatan ke lokasi-lokasi hotspot (kerap) banjir bagi merangka tindakan penyelesaian komprehensif melibatkan tindakan penyelesaian segera, sederhana dan jangka masa panjang bagi mengatasi masalah banjir,” kata Noorazam kepada Media Tempatan
 
Top