TRIVIA 8 Produk Harian Penting Hasil Ciptaan Wanita

Selain daripada "mencipta" bayi, wanita juga menyumbangkan pelbagai ciptaan kepada dunia yang memudahkan hidup kita. Biasanya senarai-senarai hasil ciptaan hanya dipenuhi oleh pencipta lelaki. Kali ini kami ingin berkongsi 8 ciptaan penting dalam hidup kita yang dicipta oleh wanita.

8 Produk Harian Penting Hasil Ciptaan Wanita​


1642686761518.png
Ketika Mary Anderson mencipta wiper cermin depan kereta manual pertama pada tahun 1903, pemandu-pemandu kenderaan agak ragu-ragu untuk menggunakannya. Mereka berasakan ia lebih selamat untuk memandu dengan hujan dan salji mengaburi jalan daripada mengelapnya.
Pada tahun 1917, seorang lagi wanita Charlotte Bridgwood mencipta versi automatik, namun tidak mendapat sambutan. Selepas paten Mary tamat pada tahun 1920, ciptaan ini mula membuahkan hasil.
Pembuat kereta Cadillac adalah yang pertama memasukkan ciptaan ini ke setiap model kereta mereka dan diikuti oleh syarikat lain.

2. Baju kalis peluru​

1642686755336.png
Siapa sangkat baju kalis peluru yang digunakan meluas oleh pasukan tentera dan polis sebenarnya dicipta oleh seorang wanita. Ahli kimia, Stephanie Kwolek secara tak sengaja mencipta produk ini ketika sedang cuba menyempurnakan serat tayar kereta supaya menjadi lebih ringan.

Ciptaan ini dipatenkan oleh Stephanie pada tahun 1966.

3. Pedal kaki pada tong sampah​

1642686748504.png
Terima kasih kepada Lillian Gilbreth kini manusia lebih mudah membuang sampah. Di awal 1900an, beliau merekacipta rak di dalam pintu peti sejuk, membuatkan pembuka tin lebih mudah digunakan dan kemudiannya mencipta tong sampah dengan pedal kaki.
Beliau terkenal dengan kerja dalam pengurusan kecekapan dan ergonomik bersama suaminya.

4. Liquid Paper​

1642686736034.png
Sebelum wujudnya butang "delete", seorang setiausaha Bette Nesmith Graham menggunakan cat putih untuk memadamkan kesalahan ketika menaip. Sejak itu beliau menghabiskan bertahun-tahun di dapurnya menyiapkan formula yang membuahkan hasil dan mempatentkan ciptannya dengan nama Liquid Paper pada tahun 1958.
Pada tahun 1979, Gillette telah membeli Bette dengan harga USD47.5 juta.

5. Monopoly​

1642686728632.png

Permainan "The Landlord" dicipta oleh Elizabeth Magie bagi menyebarkan teori ekonomi Georgism, iaitu mengajar pemain mengenai ketidakadilan pengambilalihan tanah, keburuhkan menyewa dan keperluan untuk satu nilai cukai tanah kepada pemilik.
Permainan ini dipatenkan pada tahun 1904 dan mengeluarkannya sendiri pada tahun 1906. Namun selepas 30 tahun, seorang lelaki bernama Charles Darrow mengubah rekabentuk papan permainan ini dan menjualnya kepada Parker Brothers, dengan nama Monopoly.
Syarikat ini membeli patent permainan yang dicipta Elizabeth dengan bayaran USD500 dan tanpa royalti.

6. Beg kertas​

1642686722087.png
Pada tahun 1868, seorang pekerja kilang kapas, Margaret Knight telah mencipta sebuah mesin menghasilkan beg kertas membolehkan Amerika Syarikat menikmati ciptaan ini. Kemudiannya seorang lelaki bernama Charles Annan melihat ciptaan tersebut dan cuba untuk mempatenkan idea tersebut terlebih dahulu.
Margaret memfailkan saman terhadap Charles dan diberikan hak patent pada tahun 1871.

7. Lampin pakai buang

1642686699636.png

Produk "Boater" iaitu sarung kalis air bagi lampin dipatenkan oleh Marion Donovan pada tahun 1951. Sarung itu diperbuat daripada tirai mandi pertama kali dijual di sebuah pasar raya iaitu Saks Fifth Avenue.

Marion kemudiannya menjualkan paten ciptaanya kepada Keko Coporation dengan harga USD1 juta dan kemudiannya menghasilkan lampin pakai buang beberapa tahun kemudian. Pampers ditubuhkan pada tahun 1961.

8. Mesin basuh pinggan​

1642686685886.png
Mesin basuh pinggan mangkuk yang pertama dihasilkan dengan gabungan tekanan air tinggi, roda, pemanas air dan rak wayar oleh Josephine Cochrane. Ia dipatenkan pada tahun 1886.
Sebagai pencipta mesin ini, Josephine tidak pernah menggunakannya tapi ia telah memudahkan kerja-kerja pembantu rumahnya.

Rujukan :
1. Mental Floss
2. Huffington Post

wanita, produk ciptaan wanita, pencipta wanita, wanita hebat, barang ciptaan wanita, penciptaan produk, benda ciptaan wanita, genius, developer, kreatif, inspirasi,
 
Top