Home
Forums
New posts
Search forums
What's new
New posts
New profile posts
Latest activity
Members
Current visitors
New profile posts
Search profile posts
WanTopup.Com
WanFar.Com
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Install the app
Install
➡️ KLIK DISINI UNTUK DAFTAR BUKA AKAUN ⬅️
Home
Forums
Hobi & Koleksi
Pencinta Haiwan
8 Jenis Fobia Terhadap Haiwan
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Reply to thread
Message

Fobia adalah ketakutan yang tidak rasional terhadap sesuatu yang mungin tidak mendatangkan bahaya. Perkataan fobia itu sendiri berasai daripada perkataan Yunani iaitu "fobos" yang bermaksud ketakutan atau seram.

Terdapat pelbagai jenis fobia di dunia dan apabila seseorang itu mempunyai fobia, mereka akan mengalami perasaan ketakutan yang amat sangat terhadap sesuatu keadaan, objek mahupun benda hidup.

8 Jenis Fobia Terhadap Haiwan

Malah, wujud juga fobia terhadap haiwan. Ada individu yang takut terhadap haiwan tertentu walaupun mereka tidak pernah mempunyai sejarah hitam dengan haiwan itu. Berikut adalah beberapa fobia terhadap haiwan yang biasa dihadapi segelintir individu.

1. Ichthyophobia (fobia terhadap ikan)

[ATTACH=full]2858[/ATTACH]

Fobia terhadap ikan ini merangkumi pelbagai senario. Ada yang takut untuk makan ikan, takut ikan hidup, menyentuh ikan mati dan apa sahaja berkaitan ikan.

Namun, fobia terhadap ikan tertentu seperti jerung atau piranha adalah perkara biasa kerana ia adalah spesies ikan yang berbahaya. Kebanyakan orang yang mengalami fobia ini percaya bahawa ikan adalah haiwan kotor, belendir, geli dan membawa penyakit.

Mereka mungkin boleh pergi ke pantai atau sungai asalkan tidak masuk ke dalam air. Bagi penghidap fobia ini, berada di dalam air boleh menyababkan panik dan mengancam nyawa.

2. Cynophobia (fobia terhadap anjing)

[ATTACH=full]2857[/ATTACH]

Fobia terhadap anjing ini bukanlah sesuatu yang pelik terutamanya di Malaysia atau negara di mana majoriti penduduknya beragama Islam. Walaupun Islam mengajarkan cara-cara tertentu untuk mengendalikan anjing, rata-ratanya tidak pernah terlibat secara langsung dengan haiwan sejak dari kecil.

Malah, fobia terhadap anjing ini juga agak tinggi di kalangan penganut agama lain. Biasanya, mereka yang fobia terhadap anjing ini pernah dikejar, digigit atau menyaksikan sendiri kejadian anjing menyerang manusia.

Bagi mereka yang mengalami fobia ini, mendengar bunyi anjing sahaja sudah menakutkan. Cara mengatasi fobia ini adalah dengan mendapatkan informasi betul mengenai anjing dan tingkah lakunya. Bagi mereka yang bukan beragama Islam, pendedahan kepada anak anjing yang baru lahir boleh membantu mengurangkan ketakutan.

3. Ailurophobia (fobia terhadap kucing)

[ATTACH=full]2856[/ATTACH]

Fobia terhadap kucing juga dikenali ramai sebagai "gatophobia" dan "felinophobia". Bagi peminat kucing, fobia ini kelihatan tidak masuk akal kerana kucing merupakan haiwan jinak dan manja.

Namun, ramai sebenarnya yang mempunyai fobia ini. Mungkin ada di antara anda yang pernah terlihat pelanggan lain di restoran menjerit apabila kucing lalu berhampiran mereka. Bahkan, ada yang sanggup mengangkat kaki atau lari.

Mereka yang menghidapi fobia ini mungkin pernah dicakar kucing sewaktu kecil atau geli dengan haiwan berbulu. Antara penjajah terkenal dalam sejarah yang dipercayai mempunyai fobia ini ialah Napoleon Bonaparte, Adolf Hitler, Julius Caesar dan Alexander the Great.

4. Bufonophobia (fobia terhadap katak)

[ATTACH=full]2855[/ATTACH]

Katak sering dianggap sebagai haiwan yang membawa penyakit dan menggelikan kerana kulitnya yang belendir atau menggerutu. Malah, ada yang fobia terhadap katak kerana pernah mendengar mengenai katak beracun walaupun spesies itu hanya terdapat di hutan negara tertentu sahaja.

Bagi mereka yang mengalami fobia ini, bunyi katak selepas hujan sudah cukup untuk menakutkan terutamanya yang tinggal di kawasan kampung. Ada segelintir pula hanya fobia terhadap katak tetapi tidak pada berudu.

Mereka yang fobia terhadap katak biasanya akan cuba untuk tidak pergi ke kawasan semak, hutan atau berhampiran sungai yang merupakan habitat haiwan ini.

5. Scoleciphobia (fobia terhadap cacing)

[ATTACH=full]2854[/ATTACH]

Cacing merupakan salah satu spesies haiwan yang penting dalam sistem pertanian kerana ia membantu dari segi kesuburan tanah. Kebanyakan orang terutamanya wanita sememangnya geli dengan cacing yang belendir dan bergerak meliuk-liuk.

Malah, ada juga yang beranggapan bahawa cacing ini kotor kerana hidup di dalam tanah. Mereka yang menghidapi fobia ini biasanya takut untuk berjalan di atas tanah terutamanya jika berkaki ayam. Malah, ada segelintir yang hanya memilih laluan konkrit dan berbatu sahaja.

Mungkin penghidap fobia ini pernah mengalami detik hitam seperti makan makanan atau buah-buahan yang terdapat cacing di dalamnya.

6. Alektorophobia (fobia terhadap ayam)

Ornithophobiaadalah fobia terhadap burung manakala alektorophobia pula adalah ketakutan spesifik terhadap ayam. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu "alektor" yang bermaksud ayam jantan.

Biasanya, mereka yang menghidapi fobia ini tinggal di kawasan kampung atau pendalaman dan pernah mempunyai sejarah hitam dengan haiwan ini. Mereka yang mempunyai meleagrisphobia (fobia terhadap ayam belanda) juga mungkin secara tidak langsung fobia terhadap ayam.

Malah, segelintir orang yang menghidapi fobia ini tidak makan makanan berasaskan ayam atau spesies burung lain seperti itik, ayam belanda dan puyuh.

7. Melissophobia (fobia terhadap lebah)

[ATTACH=full]2845[/ATTACH]

Bagi sesiapa yang pernah disengat lebah atau tahu bahawa lebah tertentu mempunyai bisa biasanya akan cuba mengelak daripada mendekati haiwan ini atau menghalaunya.

Bagi kebanyakan orang, ia cuma menjengkelkan tetapi bagi segelintir yang lain ia boleh mencetuskan serangan panik. Apa yang menariknya, segelintir orang yang menghidapi melissophobia ini hanya takut kepada lebah tetapi tidak mempunyai spheksophobia (fobia terhadap tebuan).

Biasanya, orang yang mempunyai fobia ini mempunyai alahan terhadap sengatan lebah yang mampu mengancam nyawa. Ada juga penghidap fobia ini yang tidak mempunyai alahan tetapi pernah mendengar ahli keluarga atau rakan terdekat mati akibat disengat lebah.

8. Ostraconophobia (fobia terhadap kerang-kerangan)

[ATTACH=full]2844[/ATTACH]

Fobia ini tidak hanya pada sejenis haiwan tetapi semua kerang-kerangan atau haiwan laut yang bercengkerang seperti udang, ketam, kerang dan sebagainya. Mereka yang menghidapi fobia ini mungkin takut untuk ke pantai tetapi tidak untuk ke sungai.

Biasanya, punca utama fobia ini terhadap seseorang adalah disebabkan alahan makan makanan laut terutamanya kerang-kerangan. Kerang-kerangan juga adalah antara punca keracunan makanan paling tinggi.

Salah seorang pelumba Amerika bernama Denny Hamlin menderita fobia ini dan dia tidak tahu mengapa. Hamlin mendakwa, dia tidak boleh melihat udang galah (lobster) atau berada berhampiran sesiapa yang makan haiwan itu.

takut haiwan, serangan panik, alahan, fobia, zoophobia, dikejar anjing, takut kucing, haiwan,

[QUOTE="e-JUMP-WanTopup-666, post: 1273, member: 32"] Fobia adalah ketakutan yang tidak rasional terhadap sesuatu yang mungin tidak mendatangkan bahaya. Perkataan fobia itu sendiri berasai daripada perkataan Yunani iaitu "fobos" yang bermaksud ketakutan atau seram. Terdapat pelbagai jenis fobia di dunia dan apabila seseorang itu mempunyai fobia, mereka akan mengalami perasaan ketakutan yang amat sangat terhadap sesuatu keadaan, objek mahupun benda hidup. [HEADING=2]8 Jenis Fobia Terhadap Haiwan[/HEADING] Malah, wujud juga fobia terhadap haiwan. Ada individu yang takut terhadap haiwan tertentu walaupun mereka tidak pernah mempunyai sejarah hitam dengan haiwan itu. Berikut adalah beberapa fobia terhadap haiwan yang biasa dihadapi segelintir individu. [HEADING=1]1. Ichthyophobia (fobia terhadap ikan)[/HEADING] [ATTACH type="full"]2858[/ATTACH] Fobia terhadap ikan ini merangkumi pelbagai senario. Ada yang takut untuk makan ikan, takut ikan hidup, menyentuh ikan mati dan apa sahaja berkaitan ikan. Namun, fobia terhadap ikan tertentu seperti jerung atau piranha adalah perkara biasa kerana ia adalah spesies ikan yang berbahaya. Kebanyakan [URL='https://www.tranceformpsychology.com/phobias/fear-of-fish-psychotherapy.html']orang yang mengalami fobia ini percaya bahawa ikan[/URL] adalah haiwan kotor, belendir, geli dan membawa penyakit. Mereka mungkin boleh pergi ke pantai atau sungai asalkan tidak masuk ke dalam air. Bagi penghidap fobia ini, berada di dalam air boleh menyababkan panik dan mengancam nyawa. [HEADING=1]2. Cynophobia (fobia terhadap anjing)[/HEADING] [ATTACH type="full"]2857[/ATTACH] Fobia terhadap anjing ini bukanlah sesuatu yang pelik terutamanya di Malaysia atau negara di mana majoriti penduduknya beragama Islam. Walaupun Islam mengajarkan cara-cara tertentu untuk mengendalikan anjing, rata-ratanya tidak pernah terlibat secara langsung dengan haiwan sejak dari kecil. Malah, fobia terhadap anjing ini juga agak tinggi di kalangan penganut agama lain. Biasanya, mereka yang fobia terhadap anjing ini pernah [URL='https://www.webmd.com/anxiety-panic/what-is-cynophobia#:%7E:text=Cynophobia%20%E2%80%8Cis%20the%20fear%20of,suffer%20from%20a%20specific%20phobia.&text=You%20often%20can%20manage%20or%20treat%20cynophobia%20with%20medication%20or%20psychotherapy.']dikejar, digigit atau menyaksikan sendiri[/URL] kejadian anjing menyerang manusia. Bagi mereka yang mengalami fobia ini, mendengar bunyi anjing sahaja sudah menakutkan. Cara mengatasi fobia ini adalah dengan mendapatkan informasi betul mengenai anjing dan tingkah lakunya. Bagi mereka yang bukan beragama Islam, pendedahan kepada anak anjing yang baru lahir boleh membantu mengurangkan ketakutan. [HEADING=1]3. Ailurophobia (fobia terhadap kucing)[/HEADING] [ATTACH type="full"]2856[/ATTACH] Fobia terhadap kucing juga dikenali ramai sebagai "gatophobia" dan "felinophobia". Bagi peminat kucing, fobia ini kelihatan tidak masuk akal kerana kucing merupakan haiwan jinak dan manja. Namun, ramai sebenarnya yang mempunyai fobia ini. Mungkin ada di antara anda yang pernah terlihat pelanggan lain di restoran menjerit apabila kucing lalu berhampiran mereka. Bahkan, ada yang sanggup mengangkat kaki atau lari. Mereka yang menghidapi fobia ini mungkin pernah [URL='https://www.theguardian.com/lifeandstyle/2004/nov/06/weekend.justinehankins']dicakar kucing sewaktu kecil atau geli dengan haiwan berbulu[/URL]. Antara penjajah terkenal dalam sejarah yang dipercayai mempunyai fobia ini ialah Napoleon Bonaparte, Adolf Hitler, Julius Caesar dan Alexander the Great. [HEADING=1]4. Bufonophobia (fobia terhadap katak)[/HEADING] [ATTACH type="full"]2855[/ATTACH] Katak sering dianggap sebagai haiwan yang membawa penyakit dan menggelikan kerana kulitnya yang belendir atau menggerutu. Malah, ada yang fobia terhadap katak kerana pernah mendengar mengenai katak beracun walaupun spesies itu hanya terdapat di hutan negara tertentu sahaja. Bagi mereka yang mengalami fobia ini, bunyi katak selepas hujan sudah cukup untuk menakutkan terutamanya yang tinggal di kawasan kampung. Ada segelintir pula hanya fobia terhadap katak tetapi tidak pada berudu. Mereka yang fobia terhadap katak [URL='https://psychtimes.com/bufonophobia-fear-of-toads/']biasanya akan cuba untuk tidak pergi[/URL] ke kawasan semak, hutan atau berhampiran sungai yang merupakan habitat haiwan ini. [HEADING=1]5. Scoleciphobia (fobia terhadap cacing)[/HEADING] [ATTACH type="full"]2854[/ATTACH] Cacing merupakan salah satu spesies haiwan yang penting dalam sistem pertanian kerana ia membantu dari segi kesuburan tanah. Kebanyakan orang terutamanya wanita sememangnya geli dengan cacing yang belendir dan bergerak meliuk-liuk. Malah, ada juga yang [URL='https://psychtimes.com/scoleciphobia-fear-of-worms/']beranggapan bahawa cacing ini kotor[/URL] kerana hidup di dalam tanah. Mereka yang menghidapi fobia ini biasanya takut untuk berjalan di atas tanah terutamanya jika berkaki ayam. Malah, ada segelintir yang hanya memilih laluan konkrit dan berbatu sahaja. Mungkin penghidap fobia ini pernah mengalami detik hitam seperti makan makanan atau buah-buahan yang terdapat cacing di dalamnya. [HEADING=1]6. Alektorophobia (fobia terhadap ayam)[/HEADING] [IMG]https://www.wantopup.com/attachments/1645535212360-png.2851/?hash=22ccaeece1684dae65441567790eaff6[/IMG] [I]Ornithophobia[/I]adalah fobia terhadap burung manakala [I]alektorophobia [/I]pula adalah ketakutan spesifik terhadap ayam. Istilah ini berasal daripada perkataan Yunani iaitu "alektor" yang bermaksud ayam jantan. Biasanya, mereka yang menghidapi fobia ini [URL='https://www.healthline.com/health/alektorophobia']tinggal di kawasan kampung atau pendalaman[/URL] dan pernah mempunyai sejarah hitam dengan haiwan ini. Mereka yang mempunyai [I]meleagrisphobia [/I](fobia terhadap ayam belanda) juga mungkin secara tidak langsung fobia terhadap ayam. Malah, segelintir orang yang menghidapi fobia ini tidak makan makanan berasaskan ayam atau spesies burung lain seperti itik, ayam belanda dan puyuh. [HEADING=1]7. Melissophobia (fobia terhadap lebah)[/HEADING] [ATTACH type="full"]2845[/ATTACH] Bagi sesiapa yang pernah disengat lebah atau tahu bahawa lebah tertentu mempunyai bisa biasanya akan cuba mengelak daripada mendekati haiwan ini atau menghalaunya. Bagi kebanyakan orang, ia cuma menjengkelkan tetapi bagi segelintir yang lain ia boleh mencetuskan serangan panik. Apa yang menariknya, segelintir orang yang menghidapi [I]melissophobia[/I] ini hanya takut kepada lebah tetapi tidak mempunyai [I]spheksophobia[/I] (fobia terhadap tebuan). Biasanya, orang yang mempunyai fobia ini [URL='https://psychtimes.com/melissophobia-fear-of-bees']mempunyai alahan terhadap sengatan lebah[/URL] yang mampu mengancam nyawa. Ada juga penghidap fobia ini yang tidak mempunyai alahan tetapi pernah mendengar ahli keluarga atau rakan terdekat mati akibat disengat lebah. [HEADING=1]8. Ostraconophobia (fobia terhadap kerang-kerangan)[/HEADING] [ATTACH type="full"]2844[/ATTACH] Fobia ini tidak hanya pada sejenis haiwan tetapi semua kerang-kerangan atau haiwan laut yang bercengkerang seperti udang, ketam, kerang dan sebagainya. Mereka yang menghidapi fobia ini mungkin takut untuk ke pantai tetapi tidak untuk ke sungai. Biasanya, punca utama fobia ini terhadap seseorang adalah disebabkan alahan makan makanan laut terutamanya kerang-kerangan. Kerang-kerangan juga adalah antara punca keracunan makanan paling tinggi. Salah seorang pelumba Amerika bernama Denny Hamlin menderita fobia ini dan dia tidak tahu mengapa. Hamlin mendakwa, [URL='https://eu.usatoday.com/story/sports/ftw/2017/07/18/denny-hamlin-describes-his-terrifying-encounter-with-a-44pound-monster-lobster/103792950/']dia tidak boleh melihat udang galah[/URL] (lobster) atau berada berhampiran sesiapa yang makan haiwan itu. [URL='https://www.wantopup.com/tag/takut-haiwan']takut haiwan[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/serangan-panik']serangan panik[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/alahan']alahan[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/fobia']fobia[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/zoophobia']zoophobia[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/dikejar-anjing']dikejar anjing[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/takut-kucing']takut kucing[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/haiwan']haiwan[/URL], [/QUOTE]
Verification
Sila taip semula perkataan WANTOPUP dalam huruf kecil atau besar.
Post reply
Home
Forums
Hobi & Koleksi
Pencinta Haiwan
8 Jenis Fobia Terhadap Haiwan
This site uses cookies to help personalise content, tailor your experience and to keep you logged in if you register.
By continuing to use this site, you are consenting to our use of cookies.
Accept
Learn more…
Top