Home
Forums
New posts
Search forums
What's new
New posts
New profile posts
Latest activity
Members
Current visitors
New profile posts
Search profile posts
WanTopup.Com
WanFar.Com
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Install the app
Install
➡️ KLIK DISINI UNTUK DAFTAR BUKA AKAUN ⬅️
Home
Forums
Hobi & Koleksi
Pencinta Haiwan
7 Spesies Haiwan Baru yang Ditemui Pada 2021
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Reply to thread
Message

Walaupun telah banyak spesies haiwan yang dikaji dari masa ke masa tetapi para penyelidik masih lagi menemui spesies haiwan baharu saban tahun. Malah, mereka menganggarkan bahawa sehingga 80 peratus hidupan di Bumi masih belum ditemui terutamanya di dasar laut dalam.

7 Spesies Haiwan Baru yang Ditemui Pada 2021

Ini bermakna, lebih daripada lima juta spesies hidupan termasuk tumbuh-tumbuhan yang ada di luar sana tetapi jauh dar[ATTACH=full]2400[/ATTACH]i pengetahuan manusia. Sepanjang tahun 2021 sahaja, penyelidik menemui pelbagai hidupan baru dan berikut adalah beberapa spesies haiwan baharu yang ditemui mereka.

1. Tokek Jackie Chan

[ATTACH=full]2399[/ATTACH]

Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa terdapat sekitar 2,000 spesies tokek atau geckodi dunia. Cicak kecil ini terdapat di setiap benua kecuali di Antartika. Namun, tidak menghairankan apabila masih banyak lagi spesies haiwan yang mahir bersembunyi ini belum ditemui manusia.

Pada tahun 2021, sedozen spesies tokek baru telah ditemui tetapi satu spesies ini benar-benar menarik perhatian. Spesies baru yang mendiami kawasan pergunungan Ghat di India ini diberi nama Cnemaspis jackieii sebagai penghormatan kepada pelakon Jackie Chan.

Tokek ini mendapat namanya berdasarkan tingkah lakunya. Apabila penyelidik cuba menangkapnya untuk kajian, ia melompat dari batu ke batu dengan sangat tangkas, sama seperti gerakan pelakon Jackie Chan.

2. Katak Pokok Menjerit

[ATTACH=full]2398[/ATTACH]

Jika anda tahu mengenai katak pokok, anda pasti tahu bahawa mereka adalah kecil tetapi mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Salah satu spesies katak pokok yang dikenali sebagai grey tree frogboleh mengeluarkan bunyi setinggi 108 desibel iaitu bersamaan bunyi mesin jackhammerpada jarak 300 meter.

Pada tahun 2021, penyelidik menemui satu spesies baru katak pokok yang dikenali sebagai screaming tree frog atau bleating tree frog.Bunyi spesies ini mungkin tidaklah sekuat grey tree frogtetapi bunyinya amat unik.

Menurut penyelidik, katak pokok menjerit ini mengeluarkan bunyi kuat seakan-akan "tangisan kesakitan". Bunyi mereka akan lebih kuat dan kerap ketika mereka cuba untuk menarik perhatian jantina berlawanan ketika musim mengawan.

3. Biawak Kayu Feiruz

[ATTACH=full]2397[/ATTACH]

Jauh di kawasan pendalaman di Peru, terdapatnya lembangan Rio Huallaga. Ia merupakan anak sungai kepada Sungai Maranon dan merupakan kawasan yang kaya dengan biodiversiti dan menjadi perhatian para penyelidik.

Pada tahun 2021, penyelidik menemui spesies baru biawak kayu yang dinamakan sebagai Biawak Kayu Feiruz. Kini, penyelidik telah mempunyai rekod sebanyak 16 spesies biawak kayu.

Spesies cicak baru ini mempunyai sisik berwarna pelangi halus dan bersaiz lebih besar daripada spesies biawak kayu yang lain. Spesies ini juga mempunyai mata yang unik berwarna keemas-emasan.

Spesies ini dinamakan sebagai Feiruz oleh seorang wanita bernama Catherine Thomson yang membiayai projek penyelidikan biawak kayu.

4. Paus Berparuh Ramari

[ATTACH=full]2396[/ATTACH]

Hampir kebanyakan spesies baharu yang ditemui mempunyai satu persamaan sama ada burung, reptilia atau mamalia. Persamaan yang dimaksudkan adalah saiz mereka yang kecil. Amat jarang penyelidik menemui spesies baru bersaiz besar seperti beruang atau gajah kerana ia mudah ditemui.

Walau bagaimanapun, ia berbeza dengan haiwan yang tinggal di dasar laut dalam. Pada tahun 2021, penyelidik menemui spesies paus baru yang dinamakan sebagai Paus Berparuh Ramari yang tinggal di kedalaman 3,000 hingga 6,000 kaki di dasar laut.

Disebabkan ia adalah spesies mamalia, paus ini perlu timbul di permukaan air untuk bernafas tetapi penemuannya adalah amat jarang sekali. Paus yang bersaiz 17 kaki panjang dan seberat kira-kira satu tan ini dinamakan sempena seorang pakar paus berbangsa Maori bernama Ramari Stewart.

5. Burung Hantu Pekik

[ATTACH=full]2395[/ATTACH]

Mengenal pasti spesies burung baru dengan betul agak sukar kerana mereka sering berada di tempat yang sukar diakses terutamanya di bahagian terpencil dunia. Malah, menangkap mereka untuk kajian juga merupakan satu cabaran.

Pada tahun 2021, penyelidik menemui dua spesies baru burung hantu pekik atau screech owls.Mereka menemui spesies baru ini setelah menjalakan ujian DNA. Penyelidik mendapati burung kecil ini begitu unik sehingga dikategorikan dalam spesies sendiri.

Dua spesies ini juga bersaiz kecil berbanding spesies burung hantu lain. Secara purata, burung hantu pekik ini hanya bersaiz lima atau enam inci panjang sahaja.

6. Kelawar Oren

[ATTACH=full]2394[/ATTACH]

Kelawar boleh ditemui di hampir seluruh dunia kecuali di beberapa tempat bersuhu ekstreme. Terdapat sekitar 1400 spesies kelawar dari pelbagai saiz sekecil kelawar kumbang seberat dua gram kepada kelawarlarge flying fox yang mempunyai lebar sayap hampir enam kaki.

Pada tahun 2021, satu lagi spesies kelawar ditemui di Guinea dan dinamakan sebagaiMyotis nimbaensisatau lebih dikenali sebagai Kelawar Oren.

Setakat ini, penyelidik hanya menemui Kelawar Oren ini di Pergunungan Nimba yang terletak di sempadan Ivory Coast dan Guinea di Afrika Barat.

7. Sumpah-sumpah Brookesia Nana

[ATTACH=full]2393[/ATTACH]

Sumpah-sumpah atau chameleonadalah antara reptilia paling menarik di dunia. Kebolehan mereka bertukar warna menjadikan haiwan ini begitu popular walau sukar ditemui.

Madagascar menjadi habitat bagi pelbagai spesies sumpah-sumpah termasuklah spesies terbesar yang dikenali sebagai Parson's Chameleon yang bersaiz sebesar seekor kucing.

Pada tahun 2021, penyelidik menemui satu spesies baru sumpah-sumpah yang diberi nama Brookesia nana. Apa yang menariknya, spesies ini begitu kecil sehingga dinobatkan sebagai spesies cicak paling kecil di dunia. Spesies baru ditemui ini hanya bersaiz 2.2 cm panjang.

Walaupun ia adalah spesies sumpah-sumpah tetapi Brookesia nanaini tidak mempunyai kebolehan bertukar warna. Penyelidik juga perlu melakukan beberapa kajian mendalam mengapa spesies ini begitu kecil sedangkan sumpah-sumpah lain di kawasan sama bersair lebih besar.

penyelidikan, burung, reptilia, mamalia, hidupan laut, spesies baharu, haiwan,

[QUOTE="e-JUMP-WanTopup-666, post: 1207, member: 32"] Walaupun telah banyak spesies haiwan yang dikaji dari masa ke masa tetapi para penyelidik masih lagi menemui spesies haiwan baharu saban tahun. Malah, mereka menganggarkan bahawa sehingga 80 peratus hidupan di Bumi masih belum ditemui terutamanya di dasar laut dalam. [HEADING=2]7 Spesies Haiwan Baru yang Ditemui Pada 2021[/HEADING] Ini bermakna, lebih daripada lima juta spesies hidupan termasuk tumbuh-tumbuhan yang ada di luar sana tetapi jauh dar[ATTACH type="full"]2400[/ATTACH]i pengetahuan manusia. Sepanjang tahun 2021 sahaja, penyelidik menemui pelbagai hidupan baru dan berikut adalah beberapa spesies haiwan baharu yang ditemui mereka. [HEADING=1]1. Tokek Jackie Chan[/HEADING] [ATTACH type="full"]2399[/ATTACH] Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa terdapat sekitar 2,000 spesies tokek atau geckodi dunia. Cicak kecil ini terdapat di setiap benua kecuali di Antartika. Namun, tidak menghairankan apabila masih banyak lagi spesies haiwan yang mahir bersembunyi ini belum ditemui manusia. Pada tahun 2021, sedozen spesies tokek baru telah ditemui tetapi satu spesies ini benar-benar menarik perhatian. Spesies baru yang mendiami kawasan pergunungan Ghat di India ini diberi nama Cnemaspis jackieii sebagai penghormatan kepada pelakon Jackie Chan. Tokek ini [URL='https://www.sciencenews.org/article/gecko-india-jackie-chan-western-ghats-mountains']mendapat namanya berdasarkan tingkah lakunya[/URL]. Apabila penyelidik cuba menangkapnya untuk kajian, ia melompat dari batu ke batu dengan sangat tangkas, sama seperti gerakan pelakon Jackie Chan. [HEADING=1]2. Katak Pokok Menjerit[/HEADING] [ATTACH type="full"]2398[/ATTACH] Jika anda tahu mengenai katak pokok, anda pasti tahu bahawa mereka adalah kecil tetapi mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Salah satu spesies katak pokok yang dikenali sebagai grey tree frogboleh mengeluarkan bunyi setinggi 108 desibel iaitu bersamaan bunyi mesin jackhammerpada jarak 300 meter. Pada tahun 2021, penyelidik menemui [URL='https://www.frogid.net.au/frogs/litoria-quiritatus#:%7E:text=Screaming%20Tree%20Frog&text=A%20medium%2Dsized%20species%20of,colour%20in%20the%20breeding%20season.']satu spesies baru katak pokok[/URL] yang dikenali sebagai screaming tree frog atau bleating tree frog.Bunyi spesies ini mungkin tidaklah sekuat grey tree frogtetapi bunyinya amat unik. Menurut penyelidik, katak pokok menjerit ini mengeluarkan bunyi kuat seakan-akan "tangisan kesakitan". Bunyi mereka akan lebih kuat dan kerap ketika mereka cuba untuk menarik perhatian jantina berlawanan ketika musim mengawan. [HEADING=1]3. Biawak Kayu Feiruz[/HEADING] [ATTACH type="full"]2397[/ATTACH] Jauh di kawasan pendalaman di Peru, terdapatnya lembangan Rio Huallaga. Ia merupakan anak sungai kepada Sungai Maranon dan merupakan kawasan yang kaya dengan biodiversiti dan menjadi perhatian para penyelidik. Pada tahun 2021, penyelidik menemui spesies baru biawak kayu yang dinamakan sebagai Biawak Kayu Feiruz. Kini, penyelidik telah mempunyai rekod sebanyak 16 spesies biawak kayu. Spesies cicak baru ini mempunyai sisik berwarna pelangi halus dan bersaiz lebih besar daripada spesies biawak kayu yang lain. Spesies ini juga mempunyai mata yang unik berwarna keemas-emasan. Spesies ini dinamakan sebagai Feiruz oleh seorang wanita bernama Catherine Thomson yang membiayai projek penyelidikan biawak kayu. [HEADING=1]4. Paus Berparuh Ramari[/HEADING] [ATTACH type="full"]2396[/ATTACH] Hampir kebanyakan spesies baharu yang ditemui mempunyai satu persamaan sama ada burung, reptilia atau mamalia. Persamaan yang dimaksudkan adalah saiz mereka yang kecil. Amat jarang penyelidik menemui spesies baru bersaiz besar seperti beruang atau gajah kerana ia mudah ditemui. Walau bagaimanapun, ia berbeza dengan haiwan yang tinggal di dasar laut dalam. Pada tahun 2021, penyelidik menemui spesies paus baru yang dinamakan sebagai Paus Berparuh Ramari yang tinggal di kedalaman 3,000 hingga 6,000 kaki di dasar laut. Disebabkan ia adalah spesies mamalia, paus ini perlu timbul di permukaan air untuk bernafas tetapi penemuannya adalah amat jarang sekali. Paus yang bersaiz 17 kaki panjang dan seberat kira-kira satu tan ini [URL='https://us.whales.org/2021/10/29/newly-discovered-whale-species-introducing-ramaris-beaked-whale-mesoplodon-eueu/']dinamakan sempena seorang pakar paus[/URL] berbangsa Maori bernama Ramari Stewart. [HEADING=1]5. Burung Hantu Pekik[/HEADING] [ATTACH type="full"]2395[/ATTACH] Mengenal pasti spesies burung baru dengan betul agak sukar kerana mereka sering berada di tempat yang sukar diakses terutamanya di bahagian terpencil dunia. Malah, menangkap mereka untuk kajian juga merupakan satu cabaran. Pada tahun 2021, penyelidik [URL='https://news.mongabay.com/2021/04/two-new-species-of-endangered-screech-owls-identified-from-brazil/']menemui dua spesies baru burung hantu pekik[/URL] atau screech owls.Mereka menemui spesies baru ini setelah menjalakan ujian DNA. Penyelidik mendapati burung kecil ini begitu unik sehingga dikategorikan dalam spesies sendiri. Dua spesies ini juga bersaiz kecil berbanding spesies burung hantu lain. Secara purata, burung hantu pekik ini hanya bersaiz lima atau enam inci panjang sahaja. [HEADING=1]6. Kelawar Oren[/HEADING] [ATTACH type="full"]2394[/ATTACH] Kelawar boleh ditemui di hampir seluruh dunia kecuali di beberapa tempat bersuhu ekstreme. Terdapat sekitar 1400 spesies kelawar dari pelbagai saiz sekecil kelawar kumbang seberat dua gram kepada kelawarlarge flying fox yang mempunyai lebar sayap hampir enam kaki. Pada tahun 2021, satu lagi spesies kelawar ditemui di Guinea dan dinamakan sebagaiMyotis nimbaensisatau [URL='https://news.mongabay.com/2021/01/spectacular-orange-furred-bat-described-from-west-african-mountain/']lebih dikenali sebagai Kelawar Oren[/URL]. Setakat ini, penyelidik hanya menemui Kelawar Oren ini di Pergunungan Nimba yang terletak di sempadan Ivory Coast dan Guinea di Afrika Barat. [HEADING=1]7. Sumpah-sumpah Brookesia Nana[/HEADING] [ATTACH type="full"]2393[/ATTACH] Sumpah-sumpah atau chameleonadalah antara reptilia paling menarik di dunia. Kebolehan mereka bertukar warna menjadikan haiwan ini begitu popular walau sukar ditemui. Madagascar menjadi habitat bagi pelbagai spesies sumpah-sumpah termasuklah spesies terbesar yang dikenali sebagai Parson's Chameleon yang bersaiz sebesar seekor kucing. Pada tahun 2021, penyelidik [URL='https://www.nature.com/articles/s41598-020-80955-1']menemui satu spesies baru sumpah-sumpah[/URL] yang diberi nama Brookesia nana. Apa yang menariknya, spesies ini begitu kecil sehingga dinobatkan sebagai spesies cicak paling kecil di dunia. Spesies baru ditemui ini hanya bersaiz 2.2 cm panjang. Walaupun ia adalah spesies sumpah-sumpah tetapi Brookesia nanaini tidak mempunyai kebolehan bertukar warna. Penyelidik juga perlu melakukan beberapa kajian mendalam mengapa spesies ini begitu kecil sedangkan sumpah-sumpah lain di kawasan sama bersair lebih besar. [URL='https://www.wantopup.com/tag/penyelidikan']penyelidikan[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/burung']burung[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/reptilia']reptilia[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/mamalia']mamalia[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/hidupan-laut']hidupan laut[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/spesies-baharu']spesies baharu[/URL], [URL='https://www.wantopup.com/tag/haiwan']haiwan[/URL], [/QUOTE]
Verification
Sila taip semula perkataan WANTOPUP dalam huruf kecil atau besar.
Post reply
Home
Forums
Hobi & Koleksi
Pencinta Haiwan
7 Spesies Haiwan Baru yang Ditemui Pada 2021
This site uses cookies to help personalise content, tailor your experience and to keep you logged in if you register.
By continuing to use this site, you are consenting to our use of cookies.
Accept
Learn more…
Top