TRIVIA 7 Cara Internet Mengubah Pemikiran Manusia

Kewujudan Internet secara asasnya telah mengubah kehidupan manusia. Ia membantu manusia berhubung dengan orang di seluruh dunia, memperolehi informasi dengan mudah dan banyak lagi. Namun, ia juga mempunyai beberapa kesan yang tidak dijangka pada otak manusia.

7 Cara Internet Mengubah Pemikiran Manusia​

1641490597350.png
Salah satu kesan Internet yang menjadi kajian pakar adalah mengenai bagaimana ia mempengaruhi pemikiran manusia. Sama ada anda menyedarinya atau tidak, inilah yang sedang berlaku pada hari ini.
Berikut adalah beberapa cara Internet mengubah bagaimana manusia berfikir.

1. Masa tumpuan yang lebih singkat​

1641490590067.png
Ramai sebenarnya yang bimbang tentang kesan Internet terhadap tumpuan manusia. Menurut kajian pada 2015, kebimbangan manusia akan mempunyai masa tumpuan seperti seekor ikan emas akhirnya berlaku.
Seperti yang diketahui, ikan emas secara puratanya hanya mempunyai masa tumpuan selama 9 saat sahaja manakala manusia pula selama 12 saat. Selepas tahun 2000 dan ke atas, purata tumpuan manusia menurun kepada 8 saat sahaja!
Penyelidik mendapati sebahagian besarnya berpunca daripada kemunculan telefon bimbit dan telefon pintar. Satu pemantauan mendapati hampir 80% individu berusia 18-24 tahun mula melihat telefon pintar mereka jika tiada apa-apa yang lain menarik perhatian mereka.

Jumlah itu jauh berbeza berbanding hanya 10% bagi orang yang berumur 65 tahun ke atas.

2. Membuatkan kita sering "terganggu"​

1641490582136.png
Berapa kerapkah anda memeriksa telefon pintar anda? Menurut satu kajian di Amerika, secara puratanya kita memeriksa telefon pintar sebanyak 96 kali sehari atau setiap 10 minit. Jumlah itu adalah dua kali ganda atau lebih bagi mereka yang berusia 18-24 tahun.
Seorang penulis bernama Nicholas Carr menerangkan, "gangguan" berterusan ini adalah harga yang perlu kita bayar untuk mendapatkan "informasi tanpa had di hujung jari".
Mengurangkan penggunaan telefon pintar tidak bermaksud ketinggalan atau kurang berhubung sebaliknya membuatkan anda lebih fokus dan tenang.

3. Membuatkan ingatan jangka panjang lebih buruk​

1641490574749.png
Kerap melayari Internet untuk mencari maklumat sebenarnya berpotensi memberi kesan buruk kepada keupayaan seseorang untuk mengekalkan dan mengingati maklumat.
Untuk mengingati maklumat dalam ingatan jangka panjang, anda memerlukan proses penyatuan ingatan yang bergantung pada perhatian. Jika anda sentiasa terganggu dan menerima maklumat baharu, anda pada dasarnya membuang maklumat sebelum itu keluar dari minda sedar anda.

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 2011 menerangkan keadaan ini. Penyelidik mencatatkan bagaimana subjek mengingati kurang maklumat kerana mereka tahu mereka boleh mencarinya di Google dengan mudah kemudian. Dalam erti kata lain, Internet menggalakkan minda anda menjadi malas.

4. Lebih berhubung dan lebih terasing pada satu-satu masa1641490567794.png

Dari segi sosial, kita berasa lebih berhubung dengan orang lain lebih daripada sebelum adanya Internet. Walau bagaimanapun, kita juga boleh berasa lebih terasing berbanding sebelum ini.
Menurut satu kajian, semakin banyak masa diluangkan di internet maka semakin kurang masa seseorang itu berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakannya secara fizikal.
Ini akan membuatkan lingkungan sosial secara fizikal seseorang itu semakin mengecil dan akhirnya mereka akan berasa tertekan atau kesunyian.

5. Membuatkan kita keliru mana yang lebih penting​

1641490559175.png
Internet menyediakan kita kitaran berita tanpa henti selama 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kemudahan ini sebenarnya boleh memberikan kesan kepada kebolehan manusia untuk menapis sesuatu informasi itu dengan baik.

Informasi atau berita tanpa henti ini membuatkan kita lebih keliru untuk memberikan tumpuan kepada apa yang lebih penting. Kebanyakan orang pada hari ini lebih berminat untuk mengetahui apa yang lebih baru berbanding apa yang lebih penting.

6. Meluahkan fikiran tanpa mengambil kira akibat​

1641490543102.png
Kini, orang lebih mudah meluahkan apa di fikiran mereka tanpa memikirkan kesan dan akibatnya terutamanya di media sosial. Sebelum adanya Internet, kita mempunyai banyak masa untuk memikirkan sesuatu sebelum meluahkan apa di fikiran atau hati.
Dengan adanya Internet, semuanya menjadi begitu mudah untuk diluahkan. Sebahagian daripada apa yang diluahkan itu mempunyai kesan sampingan yang buruk sama ada untuk diri sendiri atau orang lain.
Tidak salah untuk meluahkan apa yang anda rasa tetapi adalah lebih baik jika difikirkan dahulu masak-masak sebelum melakukannya.

7. Membuatkan kita kurang empati​

1641490549439.png
Empati bermaksud keupayaan untuk memahami dan berkongsi perasaan orang lain. Sebelum adanya Internet, orang lebih mudah memahami perasaan orang lain dan sentiasa berfikir dari sudut yang berbeza tentang sesuatu keadaan.

Apabila adanya Internet, pergaduhan, buli cyber dan troll semakin berleluasa. Orang lebih mudah menghakimi sesuatu tanpa mendengar atau melihatnya dari sudut berbeza. Malah, perbuatan negatif ini sering dilakukan ke atas individu yang kita tidak kenali secara peribadi.
*Walaupun Internet memberikan banyak kebaikan, ia juga mendatangkan banyak keburukan lain jika tidak diuruskan dengan baik. Jadilah pengguna Internet yang lebih bijak.
 

IvyMontana

Member Biasa
Internet memang mengubah cara kita berpikir, mulai dari cara mencari informasi hingga cara berkomunikasi. Efeknya terasa di kehidupan sehari-hari dan cara kita mengambil keputusan. Pastikan akun online Anda aman dan terkoneksi dengan sim registration tm untuk pengalaman internet yang lancar.
 

Chester85

Member Baru
This is a very insightful and relevant discussion. The internet has drastically reshaped our cognitive patterns and social interactions. As we adapt to the digital world, it's also crucial to ensure the practical aspects of our communication services are properly regulated.

For example, a key practical step in many countries to secure mobile lines and reduce anonymous misuse is the mandatory registration of SIM cards. In the Philippines, users of the TM network are required to complete their simcard registration tm to maintain active service. This process is a significant step towards fostering a more secure and responsible digital ecosystem for all users.
 

asinam

Member Baru
Internet memang membawa banyak kebaikan seperti memudahkan komunikasi dan akses maklumat, namun penggunaannya yang berlebihan boleh memberi kesan negatif terhadap fokus, ingatan, empati dan hubungan sosial. Oleh itu, kita perlu menggunakan Internet on mobile network secara bijak dan seimbang agar manfaatnya lebih banyak daripada keburukannya
 
Top