Jumlah jarak 200,000 km perjalanan selalunya menjadi standard utama untuk sesebuah kenderaan layak dianggap mampu bertahan lama sebelum perlu diganti.
Jarak tersebut atau tempoh 10 ke 15 tahun dianggap sebagai tempoh pelaburan yang berbaloi yang besar kemungkinan akan memerlukan kita mula mencari kenderaan baru, bagi mengelakkan diri kita perlu menghadapi pelbagai jenis kerosakan yang akan melanda.
Namun bagi sesetengah pemandu, mereka bertahan menghadapi bermacam kerenah yang melanda; terus setia dengan kenderaan kesayangan mereka - sehinggakan kenderaan-kenderaan tersebut layak dikategorikan sebagai kereta paling jauh perjalanan dalam dunia.
Kita mulakan senarai ini dengan kisah kesetiaan seorang lelaki bernama Albert Klein terhadap kereta miliknya, sebuah Volkswagen Beetle 1200 keluaran tahun 1963 yang dibelinya baru.
Seorang yang teliti, Klein memilih untuk merekodkan kesemua pembaikian dan perubahan serta kos yang ditanggungnya, sepanjang menggunakan kenderaan tersebut. Sepanjang 24 tahun digunakan sebelum Klein memilih untuk merehatkannya, Klein telah membelanjakan RM158,000 untuk tujuan pembaikian melibatkan 7 kali pertukaran enjin.
Dibeli pada harga RM7,887, Beetle miliknya direhatkan pada jumlah jarak keseluruhan 2.59 juta kilometer dan telah dihadiahkan kepada Muzium Volkswagen yang terletak di Wolfsburg, Jerman untuk dipamerkan pada tahun 1987.
Sebagai penghargaan, pihak Volkswagen menggantikan Beetle miliknya dengan sebuah model lain keluaran mereka.
Nasib kereta keluaran syarikat Plymouth ini agak malang berbanding kenderaan lain dalam senarai ini.
Kereta ini yang digunakan sebagai sebuah teksi sejak awal lagi telah berlanggar dengan sebuah trak yang mengakibatkan bahagian hadapannya rosak teruk, pada tahun 1999.
Pada ketika itu, jumlah jarak perjalanannya sudah pun mencapai 2,609,698 km keseluruhannya - menjadikan kenderaan tersebut pemegang rekod jarak perjalanan di Kanada.
Disebabkan keseluruhan kos membaiki yang terlalu tinggi, pemiliknya seorang warga emas bernama Joseph Vaillancourt memilih untuk menjualnya kepada seorang individu bernama Michel Barette.
Barette membelinya pada harga RM41 ribu, menghabiskan tambahan dana sebanyak RM83 ribu bagi memulihkan kembali teksi tersebut sama seperti era kegemilangannya, sebelum mendermakannya kepada sebuah muzium bagi membolehkan ikon penting masyarakat mereka itu dinikmati bersama.
Sebuah Volvo model 245GL keluaran tahun 1979 milik sebuah syarikat pengangkutan di Finland, bernama SE Makinen layak diiktiraf sebagai kereta ketiga paling banyak berjalan di dunia.
Oleh sebab statusnya sebagai sebuah kereta syarikat, penggunaannya pula dilakukan setiap hari bekerja - melakukan perjalanan dari bandar Oulu ke Kuusamo dalam perjalanan selama 2 jam setengah, dengan jarak 216 km jauhnya.
Ketahanan kenderaan ini sangat diyakini pemiliknya Tapio Makinen, yang merekodkan semua penyelenggaraan telah dijalankan ke atasnya. Apa yang agak melucukan, selepas melakukan perjalanan lebih 3.2 juta kilometer sistem transmisinya mengalami kerosakan kali pertama.
Volvo menggantikannya secara percuma kerana menurut pemiliknya, kotak gearnya 'masih dalam waranti.' Kali terakhir rekod jaraknya diambil, 245GL ini sudah mencapai 2.62 km jumlah perjalanan.
Diiktiraf sebagai kenderaan jenama Mercedes paling banyak berjalan oleh Mercedes sendiri, 240D keluaran tahun 1976 ini dimiliki oleh seorang pemandu teksi bernama Greogorios Sachinidis yang menggunakan kenderaan itu, sebagai sebuah teksi.
Bagaimanapun, berbeza dengan pemegang rekod dunia nombor satu dalam senarai ini - Mercedes milik Sachinidis merupakan kereta terpakai yang dibeli semasa jumlah perjalanannya sudah pun mencecah 500,000 km pada tahun 1981.
Oleh kerana penggunaan yang kerap membawa penumpang ke sana ke mari, kereta Sachinidis pernah menjalani empat kali pertukaran enjin sehinggakan mampu mencapai 4.6 juta kilometer sebelum 'dipencenkan.'
Atas kesetiaan beliau terhadap jenama itu, Mercedes Benz sendiri memilih untuk mempamerkan teksi milik Sachinidis di muzium mereka. Bagi menggantikan kenderaan beliau yang telah didermakan, pengurusan Mercedes Benz menghadiahkan Sachinidis model C200 CDI baru pada tahun 2015.
Sehingga kini rekod yang dipegang kenderaan jenama Volvo ini belum dapat dicabar mana-mana kereta lain.
Dimiliki oleh seorang lelaki bernama Irvin Gordon yang menetap di Amerika Syarikat, Volvo merah milik beliau yang dikeluarkan pada tahun 1966 telah pun disahkan pemegang rekod dunia jumlah jarak perjalanan - mencatatkan lebih 4.8 juta kilometer pada tahun 2014 ketika rekod itu diambil!
Kesetiaan beliau kepada kenderaannya memang betul-betul cinta pandang pertama, kerana P1800 itulah satu-satunya kenderaan beliau sepanjang hidup.
Apabila ditanya bagaimana dia mampu mencecah jumlah jarak sedemikian rupa jawapannya mudah; dia terlalu suka memandu keretanya itu.
Gordon meninggal dunia pada penghujung tahun 2018, meninggalkan keretanya kekal sebagai pemegang rekod dunia. Sesuatu yang sangat menakjubkan - walaupun sudah berjalan sejauh itu, sistem transmisi keretanya masih lagi menggunakan bahagian asalnya.
5 Kereta Paling Banyak Berjalan Dalam Dunia (Mileage Tertinggi)
Jarak tersebut atau tempoh 10 ke 15 tahun dianggap sebagai tempoh pelaburan yang berbaloi yang besar kemungkinan akan memerlukan kita mula mencari kenderaan baru, bagi mengelakkan diri kita perlu menghadapi pelbagai jenis kerosakan yang akan melanda.
Namun bagi sesetengah pemandu, mereka bertahan menghadapi bermacam kerenah yang melanda; terus setia dengan kenderaan kesayangan mereka - sehinggakan kenderaan-kenderaan tersebut layak dikategorikan sebagai kereta paling jauh perjalanan dalam dunia.
5. Volkswagen Beetle 1200 1963
Kita mulakan senarai ini dengan kisah kesetiaan seorang lelaki bernama Albert Klein terhadap kereta miliknya, sebuah Volkswagen Beetle 1200 keluaran tahun 1963 yang dibelinya baru.
Seorang yang teliti, Klein memilih untuk merekodkan kesemua pembaikian dan perubahan serta kos yang ditanggungnya, sepanjang menggunakan kenderaan tersebut. Sepanjang 24 tahun digunakan sebelum Klein memilih untuk merehatkannya, Klein telah membelanjakan RM158,000 untuk tujuan pembaikian melibatkan 7 kali pertukaran enjin.
Dibeli pada harga RM7,887, Beetle miliknya direhatkan pada jumlah jarak keseluruhan 2.59 juta kilometer dan telah dihadiahkan kepada Muzium Volkswagen yang terletak di Wolfsburg, Jerman untuk dipamerkan pada tahun 1987.
Sebagai penghargaan, pihak Volkswagen menggantikan Beetle miliknya dengan sebuah model lain keluaran mereka.
4. Plymouth Fury 1963
Nasib kereta keluaran syarikat Plymouth ini agak malang berbanding kenderaan lain dalam senarai ini.
Kereta ini yang digunakan sebagai sebuah teksi sejak awal lagi telah berlanggar dengan sebuah trak yang mengakibatkan bahagian hadapannya rosak teruk, pada tahun 1999.
Pada ketika itu, jumlah jarak perjalanannya sudah pun mencapai 2,609,698 km keseluruhannya - menjadikan kenderaan tersebut pemegang rekod jarak perjalanan di Kanada.
Disebabkan keseluruhan kos membaiki yang terlalu tinggi, pemiliknya seorang warga emas bernama Joseph Vaillancourt memilih untuk menjualnya kepada seorang individu bernama Michel Barette.
Barette membelinya pada harga RM41 ribu, menghabiskan tambahan dana sebanyak RM83 ribu bagi memulihkan kembali teksi tersebut sama seperti era kegemilangannya, sebelum mendermakannya kepada sebuah muzium bagi membolehkan ikon penting masyarakat mereka itu dinikmati bersama.
3. Volvo 245 GL 1979
Sebuah Volvo model 245GL keluaran tahun 1979 milik sebuah syarikat pengangkutan di Finland, bernama SE Makinen layak diiktiraf sebagai kereta ketiga paling banyak berjalan di dunia.
Oleh sebab statusnya sebagai sebuah kereta syarikat, penggunaannya pula dilakukan setiap hari bekerja - melakukan perjalanan dari bandar Oulu ke Kuusamo dalam perjalanan selama 2 jam setengah, dengan jarak 216 km jauhnya.
Ketahanan kenderaan ini sangat diyakini pemiliknya Tapio Makinen, yang merekodkan semua penyelenggaraan telah dijalankan ke atasnya. Apa yang agak melucukan, selepas melakukan perjalanan lebih 3.2 juta kilometer sistem transmisinya mengalami kerosakan kali pertama.
Volvo menggantikannya secara percuma kerana menurut pemiliknya, kotak gearnya 'masih dalam waranti.' Kali terakhir rekod jaraknya diambil, 245GL ini sudah mencapai 2.62 km jumlah perjalanan.
2. Mercedes-Benz 240D 1976
Diiktiraf sebagai kenderaan jenama Mercedes paling banyak berjalan oleh Mercedes sendiri, 240D keluaran tahun 1976 ini dimiliki oleh seorang pemandu teksi bernama Greogorios Sachinidis yang menggunakan kenderaan itu, sebagai sebuah teksi.
Bagaimanapun, berbeza dengan pemegang rekod dunia nombor satu dalam senarai ini - Mercedes milik Sachinidis merupakan kereta terpakai yang dibeli semasa jumlah perjalanannya sudah pun mencecah 500,000 km pada tahun 1981.
Oleh kerana penggunaan yang kerap membawa penumpang ke sana ke mari, kereta Sachinidis pernah menjalani empat kali pertukaran enjin sehinggakan mampu mencapai 4.6 juta kilometer sebelum 'dipencenkan.'
Atas kesetiaan beliau terhadap jenama itu, Mercedes Benz sendiri memilih untuk mempamerkan teksi milik Sachinidis di muzium mereka. Bagi menggantikan kenderaan beliau yang telah didermakan, pengurusan Mercedes Benz menghadiahkan Sachinidis model C200 CDI baru pada tahun 2015.
1. Volvo P1800 1966