Wajah yang cantik, gebu serta bebas dari jerawat merupakan idaman semua wanita di Malaysia malah di seantero dunia. Jadi apakah yang dapat kita lakukan untuk menjaga wajah kita seperti yang diamalkan nenek moyong kita terdahulu? Disini iluminasi.com lampirkan cara tradisional turun temurun yang dapat anda lakukan untuk menjaga wajah agar sentiasa putih, mulus dan gebu dengan menggunakan putih telur sahaja.
2 Rahsia Kecantikan Wanita Melayu Turun Temurun
Cantikkan kulit muka dengan putih telurMungkin ramai yang sudah mendengar tentang putih telur tetapi tidak pasti tentang keberkesanannya. Namun percayalah bahawa ini merupakan antara cara yang paling berkesan!
Caranya : Asingkan putih dan kuning telur kemudian kacau putih telur sehingga berbuih (sesetengah orang tak buat macam ni jadi putih telur akan sedikit meleleh). Kemudian masukkan dalam peti sejuk untuk 2-3 minit, lapkan wajah anda dengan air suam dan keluarkan putih telur tadi. Kemudian sapukan di wajah anda dan biarkan sehingga kering atau selama 15 minit. Setelah tamat tempoh, cuci dengan air sejuk untuk menutup semula pori-pori wajah.
Cantikkan rambut dengan minyak kelapa
Bagi penjagaan rambut pula, ia merupakan mahkota bagi setiap wanita tidak kiralah sama ada berhijab atau tidak jadi kita mestilah sentiasa menjaga, membelai dan merapikannya selalu. Ini merupakan salah satu kaedah yang paling berkesan yang dapat anda cuba dengan hanya menggunakan minyak kelapa.Biasanya kita sering dengari tentang kebaikan minyak zaitun untuk rambut tetapi pada zaman sekarang agak sukar untuk mendapatkan 100% minyak zaitun asli jadi kita gantikannya dengan minyak kelapa.
Caranya: Ambil santan pekat kemudian letakkan didalam bekas dan biar sehingga naik kepala santan. Ambil kepala santan sahaja, kemudian masak dengan api sederhana sehingga berwarna sedikit keemasan dan terlerai hampas santan. Sapukan di kepala semalaman, kemudian bilas dengan air bersih keesokkan paginya.